Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Antara SEBAB PKR Pecat Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)

Posted by kezamx on Sunday 10 August 2014



PETALING JAYA 9 OGOS: Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN hari ini sebulat suara memecat Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.
Menurut Pengerusi Lembaga Dispilin KEADILAN, Tan Kee Kwong, pihaknya telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Khalid yang dibentangkan dalam mesyuarat MPP bertarikh 9 Ogos 2014.
Tan berkata, Khalid didapati ingkar keputusan mesyuarat MPP pada 21 Julai yang memilih Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Sebaliknya, Khalid dalam kenyataan medianya pada 22 Julai enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan sehingga kini masih memegang jawatan berkenaan.
Beliau juga didapati ingkar terhadap keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa perkara.
Antaranya isu mengenai projek Langat 2 dan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.
Menurut Tan, Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.
Tan berkata, Khalid turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun KEADILAN sudah mengarahkan beliau mengkaji semula projek berkenaan.
Selain itu, Khalid juga gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
“Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta,” ujar Tan dalam satu kenyataan media hari ini.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free