Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kaji Kedudukan Liew Daren Dalam BAM

Posted by kezamx on Sunday 3 August 2014







GLASGOW – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menggesa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengkaji semula prestasi pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren.



Zolkples berkata beliau mengakui kecewa dengan prestasi hambar Liew ketika beraksi pada perlawanan suku akhir ketika menentang Kashyap Parupalli dari India dengan keputusan 13-21 dan 14-21.



“Saya akan desak mereka (BAM) selepas ini, tibalah masa untuk berhenti bercakap banyak … saya tidak kisah kalah tetapi cara beliau kalah itu tidak boleh terima, terlalu mudah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Zolkples juga mahu seorang lagi pemain perseorangan negara Chong Wei Feng segera memperbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam mengawal tekanan ketika beraksi dalam kejohanan penting.



“Kalau Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) ada, saya yakin Wei Feng akan masuk final. Tetapi Wei Feng menjadi tertekan apabila beliau menjadi sandaran pingat emas dan menjadi pemain pilihan utama kejohanan,” katanya.



Wei Feng turut tewas kepada seorang lagi pemain dari India, R V Gurusaidutt pada perlawanan suku akhir dengan keputusan 15-21, 21-8 dan 17-21.



Namun Zolkples berkata secara keseluruhan skuad badminton merupakan pasukan terbaik kontinjen negara pada Sukan Komanwel selepas menyumbang tiga pingat emas menerusi acara berpasukan campuran, beregu wanita dan lelaki. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free