Pages

kezamx. Powered by Blogger.

(SEGERA) Menghasut: 4 Pemilik Akaun FB Diburu Bukit Aman

Posted by kezamx on Friday 8 August 2014








KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan beberapa pemilik akaun laman sosial Facebook yang dipercayai memuat naik kenyataan berbaur hasutan dalam Facebook mereka.



Pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti sebagai Vignamona VM, Kelvin Yip, Mohd Adam Asyiq Bin Balasubramaniam dan Persatuan Kongsi Gelap Melayu dikehendaki polis untuk membantu siasatan.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kesemua mereka dikehendaki polis kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan penghinaan agama.



Beliau berkata, tindakan diambil terhadap kesemua mereka berikutan berpuluh-puluh laporan dibuat orang awam.



“Kegiatan tidak bertanggungjawab ini akan menjejaskan hubungan baik antara kaum di negara ini jika tidak dibendung segera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.



Mohmad berkata, mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan memainkan isu perkauman dan menyentuh sensitiviti agama di laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang.



Katanya tindakan tegas akan diambil antaranya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, dan jika disabitkan, boleh membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.



Sehubungan itu, Mohmad meminta individu berkaitan tampil bagi membantu siasatan, selain meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat yang boleh mempercepatkan proses siasatan. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free