Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Polis Kenal Pasti Alamat Terkini Peserta Pesta Bogel

Posted by kezamx on Wednesday 13 August 2014



BUKIT MERTAJAM – Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta tempatan yang disyaki terlibat dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang kira-kira dua bulan lepas.



Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fai Hin berkata polis kini mencari alamat terkini empat lagi individu berkenaan bagi membantu kes itu dan percaya dapat berbuat demikian dalam tempoh terdekat.



“Jika mereka (tujuh peserta tempatan) itu tetap masih enggan menyerah diri untuk bantu siasatan kes berkenaan, polis akan dedahkan alamat terbaharu mereka menerusi media,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.



Beliau ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Polis Pulau Pinang bersama komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.



Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang’ tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.



Polis telah mengenal pasti kesemua 15 peserta yang disyaki terlibat dalam pesta berkenaan iaitu tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua (Myanmar) dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.



Lai berkata berdasarkan maklumat awal, kebanyakan peserta pesta itu dari Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.



“Paling ramai adalah dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, polis percaya mereka bersembunyi dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.



Beliau berkata polis juga percaya tujuh perserta tempatan itu tidak berani untuk tampil membantu polis menyelesaikan kes berkenaan kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free