Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Eksklusif: Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Posted by kezamx on Friday 15 August 2014

Perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi dikembangkan juga sehingga ke dunia siber.
Ratusan laman web milik Israel sudah berjaya digodam pasukan siber dari seluruh dunia (anonGhost) termasuk dari negara ini yang kepalai oleh Malaysia Security Tester (MST).
Serangan dimulakan sejak 1 Julai lalu dan setakat ini lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh kerajaan haram Israel berjaya digodam.
Laman yang digodam akan diletakan hastag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin.
Sumber MST memberitahu Mynewshub, serangan mereka hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir co.il.
Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/ dan http://galilee.gov.il/temp/index.asp.
Tinjauan Mynewshub mendapati sebahagian laman web rasmi kerajaan Israel yang berjaya digodam telah ditutup sementara dipercayai oleh webmaster laman-laman berkenaan.
Sementara itu, jurucakap AnonGhost, Donnazmi pula berkata, serangan siber pihak mereka adalah bagi mendedahkan kepada dunia sikap dan keganasan Israel ke atas masyarakat Palestin.
“Tindakan melancarkan roket dari sektor Gaza ke Israel adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima terhadap babi-babi berkenaan (Israel), ia dipanggil penentangan dan bukannya keganasan,” katanya kepada Mynewshub di Kuala Lumpur.
Tambah kenyataan itu, Israel tidak pernah wujud dan yang ada hanyalah Palestin.
“Tunjukkan kepada dunia berapa banyak darah yang ada di tangan Yahudi,” katanya.
Serangan siber ke atas Israel dipercayai akan diteruskan sehingga objektif untuk mendedahkan kezaliman negara haram Yahudi itu berjaya dicapai. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free