Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Murid Dipaksa Derma Darah

Posted by kezamx on Saturday 16 August 2014



BEIJING - CHINA. Polis menahan tujuh individu di barat laut China selepas didakwa terlibat dalam sindiket memaksa kanak-kanak sekolah untuk menderma darah di wilayah Gansu.



Jurucakap biro keselamatan awam di Liangzhou daerah Wuwei berkata, sindiket itu akan membawa kanak-kanak terbabit ke Institut Produk Biologi yang merupakan pusat pengeluar produk darah terbesar di daerah terbabit.



"Mereka memaksa murid dan pelajar untuk pergi ke pusat itu bagi menderma darah. Sekurang-kurangnya lapan murid dan pelajar berumur antara 10 dan 16 terpaksa berbuat demikian sekali sebulan bagi tempoh tujuh bulan.



"Sindiket itu kemudiannya akan mendapat bayaran sekitar 6,250 yuan (RM 3,200) dari pusat berkenaan," katanya dipetik Xinhua.



Menurutnya, suspek menggunakan kad pengenalan palsu ketika mendaftarkan penderma.



Kegiatan itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa mereka.



Difahamkan, hanya penderma berumur 18 hingga 55 tahun sahaja dibenarkan untuk menderma darah di China. - Sinar Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free