Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Banjir Di Nepal: 54 Mati, 142 Dilaporkan Hilang

Posted by kezamx on Saturday 16 August 2014



KATMANDU – Banjir dan tanah runtuh di barat Nepal mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang dan 142 dilaporkan hilang ketika hujan berterusan sejak tiga hari lalu, kata pegawai hari ini.



Pegawai polis Kesh Bahadur Shahi berkata, sebanyak 10 daerah dilanda banjir apabila anggota penyelamat menemui 54 mayat.



Katanya, angka kematian dijangka terus meningkat.



Hujan sejak Khamis lalu di kawasan berkenaan, iaitu kira-kira 400 kilometer barat ibu negara, Katmandu.



Lebuh raya dan jalan raya sama ada ditenggelami air atau disekat akibat tanah runtuh di daerah



berkenaan sehingga menyukarkan anggota penyelamat untuk sampai ke perkampungan terpencil.



Shahi berkata, beribu-ribu penduduk di perkampungan terpencil kini terkandas dan tanah ladang dihanyutkan manakala rumah dinaiki air sehingga memaksa penduduk mencari perlindungan di tempat tinggi.



Cuaca buruk turut menjejaskan usaha helikopter penyelamat untuk sampai ke kawasan yang terjejas. – AP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free