Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?
Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.
Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau
Kenyataan Kapten Nurudin Abd Majid
"Apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih," itulah antara kata-kata bekas juruterbang MAS, Kapten Noruden Abdul Majid dalam temubual beliau dengan TV3 pagi tadi berkaitan kehilangan pesawat MH370.
Menarik untuk mendengar rumusan beliau yang tidak terlepas dan selalu dengan ulasan tentang "kuasa Allah".
“Panggil mereka supaya mereka berdoa kepada Allah. Allah yang dapat mengembalikan kapal terbang yang hilang itu kerana teknologi yang secanggih mana pun tidak dapat mengatasi kuasa Allah,” kata beliau.
Beliau cadang orang yang solleh wajar dipanggil untuk membantu mencari kapalterbang yang hilang ini.
“Mereka ini rapat dengan Allah. Allah sudah tentu akan memakbulkan doa mereka,” katanya dalam temubual tersebut.
Sebelum ini juga Kapten Noruden pernah menyebut untuk mendapatkan semula MH370, pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga.. - See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/terkini-mh370-bekas-juruterbang-mas.html#sthash.T54xBq12.dpuf
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment