Home » artis » Ayat terakhir Steve Irwin sebelum mati
Ayat terakhir Steve Irwin sebelum mati
Posted by kezamx on Saturday, 15 March 2014
Australia – `Aku akan mati’. Ia adalah ayat terakhir yang diucapkan bintang Crocodile Hunter, Steve Irwin ketika dia sedang nazak selepas disengat ikan pari sewaktu menjalani penggambaran filem di Queensland pada 2006. Perkara itu didedahkan buat pertama kali oleh jurukamera Justin Lyons yang turut berada bersamanya ketika kejadian itu berlaku lapan tahun lalu. Lyons turut memberitahu bahawa Irwin disengat beratus kali termasuk satu sengatan di bahagian jantung. Jurukamera itu, yang disifatkan Irwin sebagai orang kanannya, sedang melayari utara Queensland untuk mencari lokasi sesuai bagi dokumentari apabila mereka melihat ikan pari gergasi. Mereka merakamkan ikan itu sebelum memutuskan Irwin akan terjun dan berenang di belakang ikan berkenaan. Secara tiba-tiba ikan itu mula menjadi liar dan menikam Irwin,’’ katanya ketika ditemubual dalam Channel Ten Studio 10. Jelasnya, ikan pari itu menyangka bayang-bayang Irwin adalah jerung dan bertindak demikian untuk mempertahankan diri. Lyon kemudiannya membawa naik Irwin ke atas bot dan menyaksikan banyak luka serta mengalami kesakitan yang amat sangat. Sambil menangis, Lyons memberitahu Irwin supaya bertahan dan memikirkan anak-anaknya. “Kami mengharapkan keajaiban, jadi saya membuat CPR, ke atasnya selama beberapa jam sebelum dia dibawa ke hospital,’’ katanya, lapor Mynewshub. Bagaimanapun Irwin disahkan meninggal dunia . - See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/ayat-terakhir-steve-irwin-sebelum-mati.html#sthash.MHTfmH5q.dpuf
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment