Sebelum tahu Kusyuk ‘di dalam solat’, ada baiknya kita tahu dulu Kusyuk ‘di luar solat’. Pengalaman kusyuk di luar solat itu kemudiannya boleh diadaptasikan ke dalam solat, bila diri semakin memahami dan semakin mengenal. Fahami juga maksud perkataan SOLAT agar kita sama-sama lebih mengerti.
Mendapat Kusyuk bukan perkara mudah. Ianya perlu latihan yang berterusan dan kemahuan yang kuat. Kemahuan yang kuat ini lahir dari RASA cinta yang mendalam kepada Kekasih.
Umpama di waktu kita bercinta, RASA cinta kepada kekasih yang amat mendalam itu menyebabkan kita sentiasa rindu, kemaruk dan angau mengingati kekasih hati hingga lupa kepada segala sesuatu yang lain. Angau itu menyebabkan bila kita dipanggil berulang kali pun, telinga tak juga mendengar! Bila mertua lalu depan mata, pun boleh jadi tak perasan. Ada lauk yang baunya semerbak enak, pun juga tidak terbau. Segalanya asyik lagi masyuk! Itulah penangan ‘KUSYUK’ kepada Kekasih!
Justeru itu, untuk mendapatkan Kusyuk, kita perlu hadirkan RASA cinta itu terlebih dahulu. Untuk menghadirkan RASA cinta, kita perlu bercinta ! Dalam bercinta, kita perlu KENAL kekasih yang kita cinta. Bila KENAL kekasih yang dicintai, zahir dan batin, barulah lahirnya IKHLAS dalam percintaan. Bila Ikhlas, itulah Cinta Abadi !
Makanya, untuk mendapat Cinta Abadi, kita perlu terlebih dahulu mencari dan mengenal Kekasih Abadi. Jalan mengenal kepada Kekasih Abadi itu adalah dengan belajar ‘Mengenal Diri’ sendiri. (Awalludin makrifatullah).
Diri yang dimaksudkan itu adalah ‘DIRI BATIN’. Diri Batin itu terdiri daripada 2 elemen iaituAKAL yang menzahirkan FIKIR-an (intellectual) dan HATI (Roh) yang menzahirkan pe-RASA-an (feeling).
Tugas Akal membuat Pertimbangan. Untuk membuat pertimbangan ia perlu kusyuk. Tanpa kusyuk, akal tidak mampu membuat pertimbangan yang baik. Pertimbangan itu kemudiannya dizahirkan ke hati. Pertimbangan yang baik oleh akal, akan menzahirkan perasaan yang baik oleh hati dan hati menzahirkan perasaan yang baik itu kepada ORGAN TINDAKAN yang LIMA. Perasaan yang baik itu kemudianya akan ditukar kepada Perlakuan yang baik oleh tubuh fizikal. Perlakuan yang baik lagi mulia inilah namanya IHSAN.
Maka bila dirujuk kembali, Ihsan itu, asalnya, dari Kusyuk nya AKAL !
Pertimbangan yang buruk pula, akan dizahirkan oleh perasaan yang buruk oleh hati dan hati menzahirkan perlakuan buruk itu pada ORGAN TINDAKAN yang LIMA. Perlakuan buruk lagi hina itu dikatakan ‘ TIADA IHSAN’.
Justeru itu, KUSYUK itu adalah sangat-sangat penting untuk mendapatkan IHSAN ! Dari Ihsan inilah, timbulnya Tasdiq (membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan perbuatan) yang menjadi tonggaknya IMAN. Iman itu pula tiangnya ISLAM dan Islam itu bermakna SELAMAT.
Bila KUSYUK maka, SELAMAT lah kita dunia dan akhirat !
Tidak Kusyuk tanda Tidak Selamat !
Kesimpulannya, Kusyuk itu sangat-sangat penting dan kita perlu benar-benar berusaha bagi mencapainya !
APA ITU KUSYUK?
Kusyuk itu adalah ‘hal keadaan yang lupa kepada segala sesuatu’.
Bila lupa kepada segala sesuatu, inilah yang diumpamakan seperti ‘Mati Sebelum Mati’.
Justeru itu, marilah kita sama-sama mencari pengetahuan tentang Kusyuk (teori) dan tukarkanlah pengetahuan itu menjadi ilmu (praktikal) dengan melakukan TINDAKAN (action) untuk mencapainya.
Berikut adalah beberapa kaedah LATIHAN mencari kusyuk yang mungkin boleh dipraktikkan. Kaedah ini mungkin berkesan kepada seseorang dan juga mungkin tidak berkesan langsung kepada seseorang yang lain. Ianya CUMA sekadar KAEDAH latihan fizikal ke atas Deria PENGAMATAN yang 5 dan Organ TINDAKAN yang 5.
LATIHAN UNTUK MENCAPAI KUSYUK :
1.Latihan Konsentrasi
Lakukan Latihan Konsentrasi atau Fokus.
Sebelum latihan dimulakan, pastikan kita telah buang air besar atau air kecil terlebih dahulu dan bersihkan alat kumuh dan alat kelamin sebelum melakukan latihan agar latihan tidak terganggu.
Latihan kosentrasi ini memerlukan kita untuk fokus membuang atau melupakan semua kerja deria PENGAMATAN (telinga, mata, hidung, lidah dan kulit) dan organ TINDAKAN(tangan, kaki, mulut, alat kelamin dan alat kumuh). Melupakan bermaksud, jangan difikirkan lansung segala bunyi, segala penglihatan, segala bau, segala rasa mahupun segala sentuhan semasa proses latihan.
Contoh, jika hidung (deria pengamatan) terbau sesuatu semasa latihan konsentrasi, buang atau lupakan bau itu. Jika telinga terdengar atau mata telihat sesuatu, latih diri untuk lupakan penglihatan dan pendengaran itu. Jika tangan digigit nyamuk, belajar untuk buang rasa gatal itu dengan cara tidak memikirkannya.
Bila segalanya dilupakan, maka deria BATIN, Akal dan Hati akan masuk ke ‘mode’ automatik. (pernanan diambil alih oleh Alam Bawah Sedar/Sub Concious Mind).
Bila deria Batin berada di dalam ‘mode auto’ semua deria PENGAMATAN dan organ TINDAKAN juga akan turut bertukar ke mode auto. Dalam keadaan Auto Mode inilah yang dikatakan 'Lupa dalam Ingat' atau 'Ingat dalam Lupa' kerana di saat kita telah melupakan segala sesuatu, ke-lupa-an itu akan tertumpu kepada suatu dimensi. Dimensi itulah yang dinamakan INGATAN.
Dalam mode auto ini, diri SEPERTI berada pada suatu ‘alam kosong’. Dalam penglihatan, ‘alam kosong’ ini kelihatannya SEPERTI suatu ruang yang dipenuhi dengan warna ultra violet (warna unggu cerah). Dalam pendengaran pula, tiada apa yang didengar melainkan SEPERTI bunyi ‘desingan’ (Binaural) perlahan yang berpanjangan.
Berada di alam kosong ini membolehkan tubuh jasad kita berada di dalam keadaan rileks. Di dalam ‘alam kosong’ inilah ‘Alam Bawah Sedar’ (Sub Concious Mind) akan memainkan peranannya mengawal jasad secara ‘mode automatik’. Segala pergerakan jasad akan berlaku dengan sendirinya tanpa dikawal. (umpama pesawat auto pilot).
Maka tujuan latihan konsentrasi ini adalah untuk menukarkan fungsi jasad dari ‘Manual Mode’ kepada ‘Semi Auto Mode’ dan akhirnya kepada ‘Fully Auto Mode’
FOKUS
Fokus itu memerlukan oksigen yang banyak di otak. Justeru itu belajar dapatkan oksigen dengan melakukan latihan pernafasan (zikir nafas) yang sempurna. Belajar tarik nafas (inhale) setinggi tingginya menggunakan paru-paru (bukan guna perut) kemudian berhenti untuk seketika ( dalam detik 7 saat) dan hembus nafas (exhale) perlahan-lahan serendah rendah-rendahnya hingga paru-paru berasa kosong. Lakukan latihan pernafasan ini berulang kali pada setiap waktu dan setiap ketika, baik di dalam jaga mahu pun di dalam tidur. Latihan pernafasan yang betul akan membolehkan oksigen yang mencukupi dibekalkan ke dalam ‘PINEAL GLAND’ atau Kelenjar Pineal.
Otak yang kurang menerima bekalan oksigen akan menyebabkan “PINEAL GLAND” di dalam otak kurang aktif . Pineal Gland dianggap sebagi Ibu segala Kelenjar. Ia adalah satu kelenjar kecil, bersaiz sebesar beras dan terletak ditengah-tengah zon otak. Kelenjar ini terdiri daripada sel-sel neuron yang amat peka kepada cahaya (Nur). Ia digelar juga sebagai ‘mata ketiga’ kerana fungsinya seakan-akan organ mata yang mampu melihat imaginasi batin. Di dalam kebanyakan kepercayaan, di sinilah dikatakan tahta tempat bersemayamnya ‘Sub Concious Mind’ atau Minda Bawah Sedar manusia.
Kekurangan oksigen pada ibu segala kelenjar ini boleh menggangu tugas-tugas kelenjar-kelenjar lain di dalam badan. Akibatnya tubuh akan mudah terkena penyakit, seperti migrain, asma, masalah penglihatan, masalah jantung dan pelbagai lagi masalah penyakit di dalam badan, termasuk resdung yang menyebabkan nafas tersekat-sekat dan hidung tersumbat. Gejala ini boleh mengganggu proses kosentrasi dan akhirnya kita sukar untuk Kusyuk.
Untuk dapatkan lebih oksigen kita perlu :
2. Makan sedikit tapi berkhasiat :
Makan banyak menyebabkan tubuh fizikal terpaksa bekerja kuat untuk menghadamkan makanan. Penghadaman memerlukan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Pengeluaran karbon dioksida yang banyak akan menyerap ‘chi’ atau ‘prana’ atau ‘lung’atau ‘ruah’ atau ‘vital energy’ atau ‘tenaga dalaman’ dari minda.
Minda akhirnya lemah kerana kehilangan tenaga yang perlu disalirkan kepada jasad untuk proses penghadaman. Tenaga Minda yang lemah, menyebabkan jasad jadi malas melakukan pergerakan dan otak jadi malas berfikir. Keadaan ini akan menyebabkan sukarnya untuk melakukan konsentrasi dan akhirnya menyukarkan kyusuk.
Kerana itulah para arifbillah, para sufi, Saint, Yogi, Sadhu, Rabbis, atau Sami, semuanya mengamalkan pengambilan makanan yang sedikit tetapi berkhasiat supaya ‘Pineal Gland’ yang ada di tengah-tengah otak itu sihat. Pineal Gland yang sihat dapat mengelakkan keletihan jasad dan minda dan ini akan mengaktifkan deria batin yang dua itu (akal dan hati).
Kerana itu juga lah, puak-puak ‘Kapitalis’ yang tamak, sanggup mencipta pelbagai makanan kesihatan ‘yang kononnya sihat’, dari benih Genetically Modified Organism (Organisma Terubah suai Genetik/GMO), semata-mata untuk melemahkan fungsi Pineal Gland manusia. Racun yang paling kerap kita gunakan untuk membunuh Ibu segala Kelenjar di dalam otak kita ini ialah; FLORIDE yang ada di dalam kebanyakan ubat gigi yang kita gunakan.
Bila kuasa minda manusia dapat dikawal, maka mereka yang berkepentingan, boleh mengawal dan menguasai dunia !!
3. SENAMAN
Badan kita menyimpan tenaga untuk digunakan bila perlu. Namun, tenaga yang tidak digunakan akan menyebabkan ianya ditukar menjadi lemak. Lemak menghalang darah dari mendapat bekalan oksigen yang secukupnya di dalam badan, terutamanya Pineal Gland di otak.
Justeru itu, senaman adalah sangat-sangat diperlukan untuk membakar lemak dan membolehkan sel-sel tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan melalui darah yang menerima oksigen. Kerana itu juga para arifbillah, para sufi, Saint, Yogi, Sadhu, Rabbis, atau Sami itu, sering berpuasa dan sering melakukan gerakan jasmani seperti berjalan kaki, untuk mendapatkan ‘kuasa maksimum’ alam minda.
Dek kerana sering berpuasa, jasad mereka tidak memerlukan banyak oksigen untuk mencerna makanan di dalam badan. Oksigen, yang ada digunakan sepenuhnya untuk fungsi tubuh. Justeru itu jasad mereka itu sentiasa kurus. Mereka menghidarkan banyak makan dan banyak melakukan pergerakan badan bagi mengelak badan menjadi gemuk dan buncit.
Gemuk dan buncit, tanda tubuh zahir tidak harmoni dengan tubuh batin ! Bila tidak harmoni, itu tanda sukar KUSYUK !
4. MINUM AIR SECUKUPNYA
Air itu bersifat menyucikan. Air yang bersih juga mengandungi banyak oksigen. Pengkaji Air terkenal dari Institut Hado, Jepun, Dr. Matsaru Emoto mendapati, air yang dibacakan kalimat-kalimat IHSAN yang positif ke atasnya, akan membentuk corak ‘snowflake’ air yang berwarna-warni dan cantik . Jika diminum, ianya mampu merangsangkan pertumbuhan sel. Maka sentiasa lebihkan minum air putih berbanding makan kerana air dapat membersihkan badan dari toksin. Kerana itu jugalah air digunakan dengan meluas untuk tujuan perubatan samada perubatan moden ataupun perubatan tradisional.
5. RIADAH DI TEMPAT-TEMPAT HIJAU
Sentiasa cari masa untuk keluar beriadah ke tempat-tempat yang hijau seperti di hutan air terjun, di taman atau di dusun atau di kebun. Semasa di tempat ini, lakukan ‘khalwat’ atau bertafakurlah dengan alam dengan mempraktikkan latihan kosentrasi dan fokus. Di tempat-tempat begini mempunyai ion negatif yang mengandungi banyak oksigen, terutamanya di hutan air terjun.
6. BELAJAR KONSENTRASI DENGAN MENGGUNAKAN ‘BINAURAL BEATS’
Binaural Beats adalah satu sistem bunyi berfrekuensi rendah yang mirip ‘bunyi desingan’pada telinga. Ianya dicipta saintis untuk tujuan merehatkan minda bagi membolehkan diri fokus kepada sesuatu. Muzik-muzik yang berirama perlahan, juga mampu merangsang aktiviti positif minda dan membuatkan jasad tenang.
Kerana itu ‘hymn’ (nyanyian atau sebutan kalimat-kalimat tertentu yang perlahan/bertasbih) yang digunakan dalam pelbagai agama seperti sebutan 'Ya Rabb', 'Ohm', 'Ram', 'Yid' dan lain-lain banyak digunakan dalam perjalan spiritual seseorang untuk membolehkan mereka fokus dan mendapat kusyuk.
Irama muzik klasik dan retro terdahulu amat mendamaikan telinga orang yang mendengarkannya. Namun genre muzik itu kian terpinggir dan digantikan dengan genre irama terkini seperti funk, techno, heavy metal, shoegazer, indie, hip-hop dan pelbagai lagi. Genre ini sengaja dicipta dengan gelombang bunyi (wave sound) yang membingitkan. Gelombang yang membingitkan ini, jika diperdengarkan dengan tempoh yang lama dan berterusan mampu membuatkan minda ‘kacau’ dan tidak tenteram. Minda manusia yang ‘kacau’ mudah dikawal oleh Syaitan.Syaitan itulah yang dizahirkan pada diri-diri manusia yang sering membelakangkan TuhanNya.
Gunakan Binaural Beats ini sebagai alat latihan awal untuk belajar ‘ konsentrasi’. Ia mudah didapati di YouTube.
KESIMPULANNYA
Kaedah latihan ini adalah di antara pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai Kusyuk. Terdapat pelbagai lagi kaedah-kaedah latihan lain yang boleh digunakan dalam mencapai Kusyuk. Namun, walau apapun kaedahnya, ianya tidak akan mendatangkan sebarang makna jika kita TIDAK BERTINDAK ! (ACTION)
Maka bertindaklah, mulakanlah dan bergeraklah. Cukup-cukuplah kita menuding jari mencari kesalahan orang. Cukup-cukuplah kita berteori dan megah dengan bahasa kata-kata.
Ayuh, kita terokai KUSYUK alam diri dengan bahasa RASA !
Maka, Bertindaklah !
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment