Pages

kezamx. Powered by Blogger.

MH370: Lebih banyak pesawat sertai misi SAR di Australia

Posted by kezamx on Tuesday, 25 March 2014

PERTH: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) di Australia bersambung hari ini dengan beberapa lagi pesawat menyertai operasi di Perth.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menegaskan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sangat mencabar.

AMSA menggunakan semua imej satelit dan maklumat yang ada dalam kawasan carian.Kedua-dua pesawat awam yang digunakan oleh AMSA dan pesawat tentera dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, China dan Jepun saling membantu dalam operasi yang berterusan dan berusaha yang terbaik mencari objek yang dirakam oleh imej satelit dengan mata kasar.

AMSA mengerahkan sejumlah 10 pesawat hari ini untuk mencari objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dalam kawasan carian kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.

Cuaca dalam kawasan carian dijangka kurang baik dengan kemungkinan hujan.

Carian hari ini berpecah kepada dua kawasan dalam jarak yang sama meliputi kumulatif 68,500 kilometer persegi.

Tiga pesawat awam, dua pesawat Bombardier Global Express dan  sebuah pesawat Airbus, akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti carian hari

Seramai 20 sukarelawan State Emergency Service (SES) dari Australia Barat akan sekali lagi akan menjadi pemerhati  dalam pesawat awam. Sepuluh sukarelawan akan di Airbus dan lima sukarelawan akan diberikan kepada setiap satu daripada pesawat Bombardier Global Express.

Ketiga-tiga pesawat awam juga akan mempunyai Penyelaras Misi Penerbangan AeroRescue. AeroRescue adalah pembekal AMSA bagi perkhidmatan khusus misi mencari dan menyelamat dari lokasi di seluruh Australia.

Dua pesawat Ilyushin IL- 76 dari China telah ditugaskan oleh AMSA untuk menyertai carian hari ini, bersama-sama dengan dua pesawat P3 Orion dari Jepun. Kedua-dua pesawat Cina kini dalam perjalanan ke kawasan carian.

P8-Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat juga akan menyertai aktiviti carian hari ini, bersama-sama dengan dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia ( RAAF) .

Beberapa kapal China dalam perjalanan menuju ke kawasan carian untuk membantu dalam lokasi objek yang mungkin berkaitan dengan carian.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free