Pages

kezamx. Powered by Blogger.

'TUDM kesan pesawat tak dikenali' di Pantai Barat

Posted by kezamx on Saturday, 15 March 2014



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat itu terbang pada ketinggian 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari paras laut.


Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Ia turut menjelaskan tumpuan aktiviti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang kini digerakkan ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

Bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa masih tidak pasti lokasi sebenar untuk menjalankan operasi dan menyelamat dan tidak menjelaskan nasib sebenar yang menimpa pesawat berkenaan.
Arah dan tujuan sebenar pesawat berkenaan juga masih belum dapat dipastikan.

Sekiranya pesawat misteri itu sememangnya penerbangan MH370, maklumat baru ini menunjukkan ia meneruskan penerbangan selama 45 minit selepas menukar haluan dari lokasi terakhir di ruang udara Vietnam.

Kedudukan 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang mungkin meletakkan pesawat tersebut di kedudukan selatan Phuket.

Indonesia dan Thailand sebelum ini menyatakan bahawa pasukan tenteranya tidak mengesan sebarang pesawat aneh di ruang udara mereka.
sumber: http://blog-hangit.blogspot.com/ - See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/tudm-kesan-pesawat-tak-dikenali-di.html#sthash.B71V5pKb.dpuf

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free