Salam.
Sekian lama aku tak buat review filem kan? Kali ni aku dapat jemputan dari Brand’s InnerShineuntuk memeriahkan Preview Filem Sejoli lakonan utama Bront Palarae, Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aisyah dan diarahkan oleh Osman Ali. Filem pertama aku datang untuk tahun 2014. Filem ini merupakan gabungan besar dari Grand Brilliance dan Nuansa.
Korang tau, semalam aku dapat produk Brands Innershine! Terbaik sangat sebabnya sebelum ni aku pernah consume 3 kotak besar produk untuk bagi aku bersemangat, berseri dan cergas setiap kali berkejaran ke event sana sini. Baidewey, kalau korang belum tahu, pelakon Izara Aishah merupakan duta bagi Brands Innershine sesuai dengan tagline ”Kulit Cantik Menawan, Semua tertawan”.
Sinopsis Filem Sejoli;
Filem ni mengisahkan Gina dan Joe yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita seorang model. Kemudian mereka berdua membawa diri ke Phuket ,Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan antara Gina dan Joe yang tidak disengajakan. Kemudian, mereka berkomplot dalam Misi Mencantas Cinta sambil dibantu oleh Lola dan Joned apabila dapat tahu ex-ex mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi.
Bermulalah misi mencantas cinta (perkahwinan Nita dan Hardy). Memang kerja gila dan tak masuk akal kalau difikirkan. Tapi berjaya atau tidak, korang kena tengok kat pawagam! OST filem ini dinyanyikan oleh Tomok – ‘Biarkan Sejoli’.
Review Filem Sejoli;
Filem sejoli menampilkan 4 artis yang mempunyai nama besar dalam industri perfileman tanah air dan semestinya hasil tangan Osman Ali tidak mengecewakan kami. Setiap babak yang diselitkan ternyata memberi kesan kepada penonton apabila wayang penuh dengan hilai tawa setiap penonton yang terhibur dengan gelagat dari Bront Palarae dan Maya Karin yang sangat bersahaja.
Tak sangka, Maya Karin mampu membawa watak komedi. Keserasian di antara Maya Karin dan Bront Palarae terserlah pada awal plot ketika mereka di Phuket! Tapi paling sweet bila babak dorang jatuh dari Mini Cooper! Tak nampak seperti lakonan bila dorang jatuh dan terfikir entah macam mana rasa sakit bila dorang jatuh atas tanah tu tapi mampu bagi lakonan yang mantap! Belum lagi dengan idea idea gila dorang untuk gagalkan perkahwinan di antara Hardy dan Nita. Sempoi habis.
Remy Ishak dan Izara Aishah pun tidak bersahaja! Lakonan dorang menyempurnakan lagi story line Sejoli dengan lakonan Remy Ishak yang menjadi bingung apabila 2 kali majlis perkahwinan dirosakkan oleh bakal isteri.
Tapi pujian patut diberikan kepada Azad Jasmin yang menghidupkan suasana dengan lawak komedi yang hampir buat kitaorang semua gelak besar! Pertaruhan Osman Ali sememangnya menjadikan Filem Sejoli antara filem segar untuk tahun 2014. Setiap sorang pelakon tidak seperti membuat buat tetapi semuanya nampak spontan dan menghiburkan. Rm10 korang untuk tengok filem ni takkan sia sia!
P/s: Tak sabar nak tunggu next filem dari Grand Brilliance! Thumbs up buat Osman Ali dan jugak pelakon pelakon utama Filem Sejoli. 4.5/5 bintang untuk korang! Aku harap lebih banyak filem filem yang rileks dan santai tapi menghiburkan di pawagam lepas ni.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment