Selain pernah memaparkan maklumat mengenai kotak hitam, mStar pada Jumaat ingin berkongsi rakaman kotak hitam dari pesawat Adam Air yang beroperasi di Indonesia.
Adam Air yang menyediakan penerbangan tambang murah terawal di Indonesia turut mencatatkan tragedi hitam apabila pesawatnya jenis Boeing 737-400 terhempas pada 1 Januari 2007.
Ketika kejadian pesawat tersebut membawa 96 penumpang dan dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado.
Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi akibat cuaca buruk.
Kehilangan pesawat itu turut membingungkan pihak berkuasa Indonesia dan bagaimanapun penemuan kotak hitam merungkai segala yang berlaku, lapor mStar.
Ikuti rakaman terakhir yang direkodkan kotak hitam pesawat berkenaan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment