SHAH ALAM – Hasrat sepasang kekasih mendirikan rumah tangga tidak menjadi kenyataan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 15.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur berhampiran Kilang Carlsberg, kelmarin.
Mangsa, B Suresh, 21, yang memandu kereta jenis Honda Civic dari Shah Alam untuk menghantar teman wanitanya, M Logeswary, 20, ke Kuala Lumpur.
Kereta itu dipercayai dipandu laju, hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum kenderaan itu terhempas.
Difahamkan, pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Mac ini.
Kedua-duanya mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut jurucakap polis, kejadian kira-kira 10.30 malam ketika Suresh mahu menghantar gadis berkenaan pulang ke Kuala Lumpur.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut dipandu laju melebihi 180 kilometer sejam.
“Kereta dipandu Suresh gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan menyebabkannya terhempas dan kenderaan tersebut musnah sepenuhnya,” katanya, lapor Sinar Harian.
Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan teruk berlaku kerana orang ramai mahu melihat kejadian itu. - See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/pasangan-bakal-kahwin-maut.html#sthash.TiGbFTzt.dpuf
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment