#MH370 : Diana Danielle Berbalah Di Twitter, Berang Dituduh Cuba Cipta Drama
Sejak kebelakangan ini, macam-macam spekulasi bertebaran mengenai isu kehilangan pesawat MAS MH370 yang sudah memasuki hari kesebelas misi pencariannya.
Tidak kurang juga ada yang bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing menerusi hujah-hujah dan teori mereka sendiri yang difikirkan lebih masuk akal berbanding pendapat pakar.
Dua hari lepas menerusi laman Twitter milik Diana Danielle, pelakon itu dilihat berbalah dengan beberapa pengguna laman sosial tersebut berkaitan isu terbesar yang melanda negara masa kini.
Perselisihan faham bermula apabila Diana mengemaskini status seakan mempercayai juruterbang pesawat itu tidak bersalah dan tidak terlibat dengan sebarang konspirasi jahat seperti yang cuba didakwa oleh kebanyakan pihak.
Pendapat isteri kepada Farid Kamil itu bagaimanapun membuatkan ramai individu tidak berpuas hati dan mempersoalkan pendiriannya hingga ada yang menuduh Diana cuba mencipta drama di laman sosial tersebut.
Namun, pertelingkahan antara Diana dengan seorang individu yang tidak dikenali berlarutan hingga keesokan harinya iaitu semalam.
Selain saling berdebat tentang apa yang betul dan apa yang salah, individu tersebut juga mengaitkan status Diana sebagai isteri dengan penggunaan bahasanya yang dianggap kurang sopan.
Dalam pada Diana cuba menepis segala tuduhan dan lemparan yang diberikan, dapat dilihat aktres itu sedikit terkesan dengan sikap sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan tindakannya untuk berkongsi pendapat.
Tidak dinafikan percanggahan pendapat adalah sesuatu yang normal lebih-lebih lagi di saat genting seperti ini namun diharap agar segalanya berada di dalam keadaan yang terkawal dan tidak mengganggu kelancaran siasatan serta proses mencari dan menyelamat MH370.SUMBER OHBULAN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment