Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kim Swee kecewa Wan Zack tinggalkan FC Ryukyu

Posted by kezamx on Saturday 22 March 2014

Kim Swee kecewa Wan Zack tinggalkan FC Ryukyu

Kuala Lumpur: “FC Ryukyu masih mahu Wan Zack Haikal (Wan Noor) kekal, tapi dia sendiri sudah tidak berminat jadi kami tidak boleh halang tapi keputusannya itu sememangnya mengecewakan saya,” kata jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee ketika mengulas mengenai keputusan Wan Zack Haikal menamatkan kontrak lebih awal dengan kelab divisyen tiga Jepun FC Ryukyu untuk menyertai Kelantan (TRW).

Kim Swee wajar berasa kecewa memandangkan beliau antara individu yang menguruskan perpindahan Wan Zack Haikal dari Harimau Muda A ke FC Ryukyu pada Mac tahun lalu dengan harapan pemain itu boleh menimba pengalaman serta mengembangkan karier di luar negara.

Namun usaha itu tidak seperti diharapkan apabila dia yang masih mempunyai baki kontrak setahun selepas menandatangani kontrak bersama kelab berpangkalan di Okinawa pada Mac lalu memilih untuk menamatkan kontrak itu dan menyertai Kelantan apabila tempoh perpindahan pemain kedua Liga Malaysia dibuka esok.

Ini kes kedua terjadi selepas seorang lagi anak didik Kim Swee, Muhammad Nazmi Faiz Mansor pulang awal ke tanah air untuk menyertai PKNS FC apabila mendakwa berdepan masalah dengan kelab Portugal S.C Beira-Mar.

“Saya hanya dimaklumkan perkara ini (perpindahan Wan Zack Haikal) semalam (kelmarin) tapi memang ada rundingan untuk membawa dia pulang sebelum ini. Saya kecewa sebab perkara sama terjadi lagi selepas kes Nazmi. Memang saya tiada hak untuk menghalang, tapi jika benar FC Ryukyu bersetuju, biarlah perpindahan ini dilakukan mengikut prosedur kerana dia masih mempunyai kontrak.

“Dia mempunyai potensi untuk mewakili kelab utama Jepun jika terus mempamerkan peningkatan, tapi malangnya usaha itu sekerat jalan saja,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Brisbane semalam.

Arena Metro semalam membuat pendedahan menerusi sumber rapat dengan Wan Zack Haikal yang mendakwa pemain kelahiran Maran, Pahang itu sudah menandatangani kontrak dengan skuad The Red Warriors dan bakal diperkenalkan pada satu sidang media Isnin ini di ibu negara.

Pemain Paling Bernilai Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 itu kini sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kerana kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada paha kanan.

Kim Swee yang juga pengendali sementara Harimau Malaya berkata, dengan apa yang berlaku itu beliau mengakui agak sukar untuk membuka jalan kepada pemain muda ke luar negara.

“Susah untuk saya mencadangkan nama pemain lain kepada pasukan luar selepas ini kerana bimbang mereka boleh bertahan tiga atau empat bulan saja. Bagaimana pemain tempatan mahu bermain di luar negara kalau mereka boleh mendapat gaji lebih lumayan di sini,” katanya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free