· HUJAN ASID
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
· HAIWAN
Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.· TUMBUHAN
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment