Pages

kezamx. Powered by Blogger.

'Dia yang minta saya peluk' - Tauke Raja Lawak jawab tuduhan

Posted by kezamx on Wednesday, 19 March 2014

'Dia yang minta saya peluk' - Tauke Raja Lawak jawab tuduhan

Agak terkejut juga OHBULAN! semalam apabila melihat beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam yang telah tersebar di blog-blog hiburan tempatan.

Artikel Berkaitan : Gambar Di Kelab Malam Tersebar, Tauke Jambu Dituduh Kaki Perempuan?

Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.

Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.

“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.

“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Dalam pada itu, Tauke yang baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana dia kini sudah berubah dan mahu fokus pada kerjayanya sahaja.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free