Sekarang, dah siap semua rukun umrah dan kepala dah siap dibotakkan. Syukur, impian dan hajat selama ni dah tercapai. Tanah Haram berjaya dijejaki, Kaabah sudah diaamati, hajar aswad dikucupi, dan Hijr Ismail telah dilawati. Bersyukur kerana Allah memudahkan segala-galanya, tanpa pergaduhan dan mengguris luka di hati umat Islam lain.
Sebelum ambil keputusan untuk pergi ke sini, banyak juga perkara yang bermain dalam fikiran. Tak tahu lah. Gelisah, dan gementar apabila memikirkan diri bakal berkunjung ke rumahNya, dalam keadaan hati yang masih belum bersedia. Hati yang masih lemah, culas, dan malas. Walaupun aku rasa dah rajin untuk membasahkan hati.
Pernah juga terasa, aku dah banyak buat amal ni. Sejuzuk setiap hari. Sunat rawatib. 5 waktu masjid. Jaga lidah dan tutur kata. Tapi, bila baca balik ayat 104 surah al-kahfi, tentang orang yang tertipu dengan amal mereka, "oh my, suddenly my stomach felt sick!"
Aku ragu, amal yang dirasa banyak itu, apakah dikira oleh Allah untuk diberi ganjaran atau tidak. Sedangkan kita sendiri tidak yakin kita buat amal itu kerana Dia atau sebab so-called naqib suruh atau persaingan sihat dengan kawan atau sememangnya buat kerana merasakan terlalu banyak berhutang dengan Allah. Sebab itu hati perlu sentiasa diperiksa dan dijaga agar matlamat asal tidak terpesong. Dan hati yang sentiasa merasakan pengawasan dari Allah itu adalah hati yang terjaga, yang akan berusaha mengelak dari sekecil-kecil noda dan cela. Walhal, di mata manusia biasa, yang noda dan cela itu sudah sebati warnanya dalam hati mereka. Sehingga yang hitam dirasakan putih, dan putih itu sendiri tengelam dalam kelamnya jiwa mereka. Maka, mereka pelik, kenapa kita perlu bersusah payah nak elak semua perkara? Kita ada jawapan tersendiri.
Moga kita sentiasa diberi kekuatan untuk membezakan yang hitam dan putih, dan tidak mencampurkannya dalam kehidupan. Oh, hadis arbain no 6 berkait dengan perbincangan hitam dan putih ni. Malas ulas. Bacalah penerangannnya eh. Tak faham baru tanya.
________________________________________________
Masuk cerita tentang ego sekejap.
Sebelum ni, aku ada post bahawa ada pandangan dalam kalangan ahli agama bahawasanya bulan Ramadhan ini ada kaitan dengan ego dan cinta. Mudahnya, kita menahan ego nafsu kita yang sentiasa meronta-ronta untuk memuaskan dirinya kerana cinta kita kepada perintah Allah. Kita mendidik nafsu ini agar kita mampu mengawal egonya, bukan menutup terus ruang untuk nafsu mempunyai ego. Cukup kita berikan dengan kadar yang dibenarkan. Dan kita merasai kelaparan yang turut sama dirasai orang miskin, menunjukkan betapa Islam agama yang menggalakkan kita untuk memahami falsafah "cubit peha kiri, yang kanan akan terasa juga.", sekaligus membuktikan cinta kepada yang miskin.
Cuma, ada kala ego itu bersifat sebagaimana api yang membakar. Kecil-kecil tidak meronta, tetapi apabila besar habis semua mahu ditelannya. Begitulah ego manusia. ada dalam setiap jiwa, cuma tidak diluahkan sahaja.
Apabila digasak dan diganyah dengan hujah berbeza, sekelip mata ia akan membesar dan berusaha memastikan tuannya di jalan yang benar. Habis semua pendapat dikafirkan, demi mendewakan prinsip hidupnya. Lebih hebat, apabila ego sudah didewakan, maka pendapatnya itu sudah menjadi raja, dan dialah pemilik mutlak sebuah nilai kebenaran.
Duh. Hebat ego itu menipu.
Sebab itu, aku pernah dengar, jika ubat kepada api adalah air, maka pastinya ego itu juga perlukan penenang yang bersifat air memadamkan agar ia dapat dikawal daripada marak membakar diri. Dan, angin sebagaimana fungsinya sebagai ejen untuk memarakkan api, perlu diperhati agar tidak mengencangkan api ego itu dari terus membesar.
Maka, dinisbahkan api sebagai ego, dan angin sebagai para pengadu domba, dan air sebagai jiwa yang tenang. Ini formula untuk menangani ego, dengan cara yang terhormat.
Mula-mula, kita jauhkan dirinya dari suara keparat si pengadu domba yang sentiasa cuba meniup api egonya membesar menjulang tinggi. Kemudian, dengan ketenangan dan kelembutan jiwa kita yang bersifat air, kita menadah telinga mendengar rintihan pendapatnya, dan membiarkan dia meluahkan kesedihan ego yang perlukan perhatian itu.
InsyaAllah, semarak mana api yang membakar belantara, pasti kecur tatkala bertemu hujan pembawa rahmat TuhanNya.
Heh. Peringatan untuk aku khususnya.
__________________________________________________________
Banyak perkara berlaku di sini selama beberapa hari ni. Semuanya memberi aku pengalaman yang baru dan manis, dalam erti kata untuk menjaid insan yang lebih baik. Hilang barang, dikasari, sesat, suasana berebut, kemiskinan, pentingkan diri, pengorbanan, kepenatan, dan kenikmatan ibadah. Dan tidak lupa bahang kepanasan serta mentari membakar sanubari. Oh My, setiap hari merencanakan pengalaman baru.
Aku letakkan beberapa gambar sepanjang perjalanan dengan menaiki bas untuk ke Mekah. Lepas ni nak sambung qailulah, penuhkan tenaga, dan kembali menjadi kelawar yang giat menghirup udara ibadah pada waktu malam.
Mood: Pencarian lailatul qadr
Perasaan: Gembira+Penat
Harapan: Menjadi insan yang bertaqwa dengan tarbiyah Ramadhan
Status Perasaan: Tiba-tiba terfikir raya yang pertama tanpa di sisi keluarga.
Tengok-tengok gambar~
Dalam bas pada awal perjalanan dari Irbid. |
Semasa di sempadan Jordan-Arab Saudi |
Bersama Yusri dan pak cik yang ikut sekali. |
Arham mengkhatamkan JOM. |
Di masjid Nabawi |
Dalam masjid Nabawi |
Makanan disediakan dalam masjid. |
Dalam hotel di Madinah |
Di bahagian reception. Menunggu untuk check-out. |
Dalam perjalanan ke Masjid Nabawi bersama Yusri. Sangat panas. |
Di masjid Quba'. Tidak sempat untuk berbuka di sini kerana terpaksa ke miqat. |
Dengan memakai pakaian ihram di Miqat Bir Ali. *Ops, pak cik belakang tengah nak betulkan kain. Asif |
Bersama pak cik Shami dan jeneral di Tempat Miqat. Orang Arab Jordan suka cium orang. Oh |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment