Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PELIK!! Pasangan Suami Isteri Hidup Seperti Pontianak, Minum Darah Satu Sama Lain..

Posted by kezamx on Saturday 13 September 2014




Pyretta Blaze dan Andy Filth (bukan nama sebenar mereka) daripada South Wales, seperti mana-mana pasangan lain, Cuma terdapat sedikit perbezaan pada mereka iaitu mereka suka minum darah satu sama lain. 

Andy dan Pyretta, menggalakkan masyarakat lebih berfikiran terbuka dengan gaya hidup mereka yang merupakan sebahagian daripada 15,000 masyarakat ‘vampire’ di UK. 

Andy menambah "Apabila anda minum darah sesama meraka anda seperti berhubung dengan jiwa setiap daripada mereka.'

Beliau berkata rasa meminum darah tidak membuatkannya berasa sakit tetapi mengaku, 'Ia tidak seperti rasa strawberi tetapi seperti rasa logam' 

Pada masa ini, pasangan itu memenuhi keinginan meminum darah sesama mereka di dalam bilik tidur mereka sendiri, tetapi di hari biasa mereka akan keluar berkeliaran seperti mana-mana anak-anak muda yang lain. 

'Saya pernah pergi ke perjumpaan di mana pertukaran darah akan berlaku," jelas Pyretta yang berminat untuk menunjukkan bahawa ia adalah selamat dan tiada apa-apa untuk ditakuti oleh masyarakat. Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa. 

'Setiap daripada mereka akan disemak terlebih dahulu samada mereka ada sejarah kesihatan mental dan mempunyai rekod darah yang bersih,"katanya.

'Selepas anda memilih pasangan anda, anda akan benar-benar gembira dengannya dan ia sangat selamat, bersih dan steril.' 



Tetapi satu perkara yang benar-benar mendapat perhatian Pyretta apabila masyarakat mengambarkan mereka seperti watak dalam filem Hollywood iaitu Vampire. 

'Ia benar-benar membuat saya gila!' katanya. 'Orang ramai dikelirukan dan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara di Hollywood. 

“Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,” katanya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free