Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Walaupun Anakku Telah Meninggal Dunia, Tetapi Dia Telah Beri Cahaya Kehidupan Kepada Anak Lain

Posted by kezamx on Saturday 6 September 2014


Tahukah anda, ramai orang yang lahir dengan keadaan kesihatan yang tidak sempurna dan ianya jarang-jarang berlaku. Kesembuhan mereka seringkali bergantung pada penderma organ tubuh dari orang lain .

Setiap saat, mereka menunggu khabar gembira itu. Tetapi menerima penderma organ tubuh bukan perkara yang mudah, terlebih lagi kepada kanak-kanak kecil, tidak banyak orang tua yang mau tubuh anaknya dibedah untuk diambil organnya lalu diberikan pada anak orang lain. Tapi lihatlah berita kanak-kanak perempuan yang berani ini, dia telah meninggal, tetapi pemergiannya memberi harapan hidup bagi dua kanak-kanak kecil yang lain.

Nama kanak-kanak kecil perempuan ini adalah Xiwang, yang bermakna harapan. Melalui Beijingshots, kanak-kanak kecil berusia 2 tahun itu meninggal kerana mengalami hypoxic – ischemic cerebral palsy. Pemergiannya membuat ayahnya terpukul dan tidak berhenti menangis. Walaupun Xiwang telah pergi untuk selamanya, dia memberi harapan hidup untuk dua kanak-kanak kecil lain. Xiwang mendermakan organ tubuhnya dan operasi pemindahan dijalankan setelah Xiwang dinyatakan meninggal .

Operasi pendermaan memang harus segera dilakukan setelah pesakit dinyatakan meninggal, sebelum organ tersebut rosak. Operasi yang mengangkat dua buah pinggang dan hati Xiwang berjaya dilakukan di Chifeng hospital, innner Mongolia. Organ milik Xiwang akan dipindahan kepada dua kanak-kanak kecil lain yang berada jauh di bandar Tianjin.

Selepas operasi selesai dilakukan, tangisan sedih keluarganya menemani jenazah Xiwang. Ayah Xiwang dan ibu saudaranya memberi ucapan selamat jalan dengan mencium dahinya. Yang mengharukan, ramai doktor, jururawat dan staff hospital tersebut tunduk sebagai tanda penghormatan atas perjuangan dan keberanian Xiwang untuk mendermakan organ tubuhnya.

"Anak saya telah pergi, tetapi kami telah membenarkan dia memberi organ tubuhnya untuk anak dari keluarga lain yang juga sakit. Saya melakukannya tidak untuk apa-apa. Saya berharap keluarga lain tidak mengalami hal sama seperti yang telah saya alami, ” ujar Wang Xiaofei, ibu Xiwang .

Walaupun mempunyai hidup yang singkat, Xiwang , seperti arti namanya, memberikan harapan hidup untuk kanak-kanak kecil lain yang memerlukan kesembuhan. Selamat jalan, Xiwang , ada banyak doa yang menuju kepadanya.



Sumber: fuh.my

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free