Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Dato Sheila Majid Berjaya Tawan Tetamu KLCC

Posted by kezamx on Friday 12 September 2014

KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2014: Bintang pop jazz terkenal tanah air, Dato Sheila Majid berjaya mencuri perhatian pelanggan di pusat beli-belah KLCC petang semalam dengan penampilan istimewanya sempena menjayakan kempen Live In Levi’s.

Dengan mendendangkan lima buah lagu secara ‘live’, kehebatan diva kecil molek itu nampaknya tiada tandingannya apatah lagi sudah sekian lama tidak tampil dikhalayak ramai dengan sebuah persembahan mantap lagi bersahaja.

Taring dan persona Dato Sheila Majid telah menjadi penyeri ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan daripada pelbagai kaum dan agama yang turut menyanyi seiringan bersamanya.

imageResize (1)

Komunikasinya yang ringkas tapi penuh makna ternyata telah mengubat kerinduan peminatnya terutama sekali apabila dia menyampaikan lagu Antara Anyer dan Jakarta, Sinaran dan Aku Cinta Padamu.

Sesuai dengan tema jenama fesyen Levi’s yang ringkas dan bersahaja, penyanyi Lagenda itu telah menyarungkan persalihan berteraskan denim yang direka khas oleh teman baiknya Raja Malek atau lebih dikenali sebagai Chelek.

Dia sempat memberitahu kepada peminatnya bahawa skirt denim panjang yang digayakannya itu adalah gabungan daripada empat seluar denim panjang Levi’s yang direka khas untuknya untuk majlis berkenaan.

Manakala kemeja beropol yang disarungkannya pada petang berkenaan adalah merupakan koleksi peribadinya buat kesekian lamanya yang bagaimanapun masih berada dalam keadaan baik dan masih bileh digayakan pada majlis berkenaan.

Tidak ketinggalan, Dato’ Sheila Majid turut berhias dan berdandan rapi dengan gaya solekan ikonik lagi tersendiri terutama solekan alis mata ‘cat eye’ yang sudah menjadi identitinya sejak dari dahulu hingga kini.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free