Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Bulgaria - Misteri Kenapa ini Kucing Berwarna Hijau

Posted by kezamx on Friday 5 December 2014

BULGARIA – Penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing sesat yang berwarna hijau, yang berkeliaran di bandar tersebut.

Ia menyebabkan penduduk di situ berasa marah kerana menyangka kucing itu menjadi mangsa perbuatan kejam individu yang mewarnakannya dengan warna hijau.

Susulan itu, penduduk di kawasan berkenaan telah menubuhkan akaun Facebook yang dipanggil `hukuman kepada dalang yang melakukan perbuatan jenayah’ dalam usaha mencari pihak yang bertanggungjawab itu.



Namun akhirnya kisah sebenar kucing itu berwarna hijau telah didedahkan.

Rupa-rupanya kucing berkenaan bertukar hijau kerana ia sering tidur di dalam timbunan cat hijau sintetik dalam sebuah garaj.

Ia disokong dengan laporan bahawa kucing berkenaan menjadi semakin hijau setiap hari.

Persatuan Diraja Pencegahan Penganiayaan Binatang (RSPCA) sebelum ini memberi amaran bahawa mewarna atau mengecat binatang bagi tujuan kosmestik hanya akan menyebabkan haiwan berkenaan berpotensi menemui ajal.

Sumber mynewshub.cc

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free