Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PENYAMPAI RADIO POPULAR HAMPIR DIRAGUT

Posted by kezamx on Friday 7 November 2014


Kuala Lumpur – Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau nama glamournya Cik Piah yang nyaris menjadi mangsa ragut merasa terkejut dan terkilan kerana jenayah itu cuba dilakukan dua remaja tempatan yang dipercayai berketurunan Melayu.

Kejadian berlaku ketika Feeya dalam perjalanan ke pejabatnya di Taman Teknologi, Bukit Jalil.

“Masa kejadian itu, saya dalam perjalanan ke pejabat dan ketika kereta berhenti sementara menunggu lampu trafik bertukar hijau tiba-tiba cermin kereta saya di ketuk berkali-kali.

“Alhamdulillah, peragut itu tidak sempat memecahkan cermin kereta, cuma retak dan kemudiannya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Menurutnya, peragut itu dipercayai keturunan Melayu berusia dalam lingkungan 19 atau 20 tahun.

“Saya anggap kejadian ini sebagai dugaan walaupun menggigil apabila terdengar dentuman kuat.

“Bila Feeya toleh ke tepi tengok cermin kena pecah, syukur juga tak jadi sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Kepada dua orang budak Melayu itu, semoga mendapat balasan dan berhati-hatilah semua,” katanya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free