Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Sejarah Upacara Ahli Baru Kongsi Gelap Di Tanah Melayu

Posted by kezamx on Wednesday, 25 February 2015


Pada keseluruhannya kesemua kongsi gelap di Tanah Melayu merupakan cabang kepada Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi), atau dikenali sebagai Liga Hung (Banjir). Namun begitu persoalan asal usul bukanlah perkara pokok kerana kita lebih berminat untuk melihat pengaruh pertubuhan ini di Tanah Melayu...
Upacara Menerima Ahli Baru
Upacara menerima ahli baru berdasarkan kepada kosmos orang cina dan diperkenalkan kebesaran geomatik horoskop yang rumit dan peralatan Buddha dan Taoist.
Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Presiden, 'Tai Ko' atau Elder Brother, Dua orang Timbalan Presiden atau Incense Master, seorang pengajar, dua orang yang memperkenalkan kongsi gelap, seorang yang menjalankan hukuman mati, sepuluh orang kaunselor, seorang bendahari, seorang penerima, seorang pembantu penerima, agen, penghantar mesej, detektif dan rekrut-rekrut...#:-S
Semasa hari pendaftaran di Tokong, calon-calon harus memakai pakaian baru atau sekurang-kurangnya pakaian yang baru dibersihkan, kot putih dengan seluar panjang, mendedahkan tangan kanan, bahu dan dada, menggulung seluar panjang di sebelah kaki kiri ke paras lutut, menggantikan kasut dengan sepasang capal berumput dan melilit kain merah di kepalanya. Di luar bahagian Tokong, 'Master' akan membaca sejarah tradisional kongsi gelap dan memberikan tandatangan dan kata rahsia kepada calon. kemudian Master akan memasuki Tokong dan memuja dengan menggunakan artikel suci di dalam upacara ini. Ini termasuk Bendera Lima Keturunan Nenek Moyang, Sepanduk Tempat Perjumpaan, Sepanduk Tujuh Bintang iaitu Gugusan Bintang Beruang Utama, Sepanduk Persaudaraan Berjaya, Pedang Sakti, Peralatan Tulisan Suci, Cermin Sakti, Lampu Hung, Pembaris dan sebagainya. Setiap satu disertakan dengan ungkapan yang sesuai.
Tokong ini digambarkan sebagai sebuah kawasan yang dikelilingi tembok batu. Calon akan menempuh perjalanan yang simbolik. Di dalamnya terdapat Pintu Utara, Pintu Selatan, Timur dan Barat, pentas untuk Master berpidato, pasar keamanan universal, lembah berapi, jambatan, anak sungai yang cetek dengan batu-batu yang leper dalamnya, Taman Bunga berwarna merah, pintu bandar Willows, pintu Dewan Ketaatan dan pintu Hung. Setelah memasuki Tokong, maka calon-calon akan menempuh upacara yang panjang lebar. Beberapa upacara tersebut akan dibincangkan kemudian. Setelah terdengar loceng kecemasan, Kakitangan Merah ( orang yang menjalankan kerja hukuman pembunuhan) akan melaporkan kepada Master. Master akan mengarahkan Jeneral untuk melihat apa yang berlaku. Setelah Jeneral kembali, 'Vanguard' akan menemui Master dan menyembahnya. Selepas itu ia malaporkan kepada Master tentang rekrut-rekrut baru. Selepas menjawab beberapa soalan seperti " datang dari mana?", Jawapannya "dari Timur" dan sebagainya, calon ini akan diiringi oleh 'Vanguard' yang memkai Pedang Sakti dari rumah ibadat dan memegang Bendera Waran. Calon akan memasuki Pintu Timur ke bandar dan di pintu masuk mereka tadi akan membuat separuh bulatan dengan pedang. Sebelah pedang diperbuat daripada tembaga dan sebelah lagi daripada keluli. Selepas itu Master akan bertanya "Apakah kegunaan pedang ini?" Calon akan menjawab "Untuk memenggal kepala pengkhianat!" Terdapat juga perarakan melalui beberapa taman dan anak sungai dan mengelilingi Tokong.
Kemudian kita lihat pentadbiran Tiga Puluh Enam Ikrar (36).. Ikrar ini untuk menaikkan moral seseorang. Tanggungjawab seorang ahli terbatas kepada persatuan atau kongsi mereka sahaja. Tugas ahli yang pertama adalah menghormati ibu bapa. Ikrar tersebut juga berkaitan dengan godaan dan perzinaan dengan saudara mara dikalangan ahli. Ikrar yang ke-31 pula memerintahkan supaya seorang ahli membantu saudaranya yang melakukan jenayah. Mereka harus menolong ahli mereka melarikan diri. Mereka tidak boleh membiarkan saudaranya dalam kesusahan.
KOD DISPLIN yang lengkap mempunyai 36, 10 perintah, 72 Artikel Undang-undang dan 21 peraturan. Syarat utama adalah rahsia, saling bantu membantu dan menghormati kaum wanita ahli-ahli.
Selesai melafazkan ikrar, maka ketua akan memecahkan sebuah mangkuk lalu berkata, " Oleh kerana mangkuk ini tidak akan bercantum lagi, maka tiada seorang pun daripada saudara yang dapat melepaskan diri daripada tanggungjawab yang telah saudara lafazkan di dalam Sumpah Tiga Puluh Enam Ikrar yang telah diperturunkan kepada kita oleh Lima Generasi Nenek Moyang". Kemudian calon-calon tersebut dibawa melalui Pintu Barat. Kertas yang mengandungi ikrar dibakar dan mulai daripada sekarang Tuhan akan memerhatikan penguatkuasaan ikrar tersebut. Abu kertas kemudiannya dibawa ke Taman Bunga Berwarna Merah. Ikrar tersebut disahkan dengan memotong kepala ayam jantan berwarna putih. Selepas itu calon dikehendaki meminum secawan teh dan kemudian Kipas Putih (Pengajar) akan memberitahu calon-calon supaya meluruskan lengan kiri mereka untuk dicucuk dan beberapa titik darah akan jatuh ke dalam mangkuk yang mengandungi darah ayam jantan dan abu-abu ikrar yang telah dicampurkan oleh Ketua. Calon tersebut meminum darah sambil membaca ikrar.
Kemudian calon akan membayar yuran kemasukan. Selepas itu Ketua menyampaikan sijil keahlian kepada mereka yang dikenali sebagai Hung Piu (Diploma Hung), Yiu Ping (Tabung) atau Hung Tan (Bill Hung). Upacara berakhir dengan berbagai soal jawab dan penutupnya diadakan upacara perjalanan mistik.......
Pada tahun 1854, terdapat dua kumpulan kongsi gelap orang cina iaitu Ghee Hin Dan Ho Seng. Kini orang-orang Melayu dibenarkan menjadi ahli. Mereka yang dibawah Persatuan Bendera Putih menyertai Ghee Hin manakala mereka yang menganggotai Bendera Merah bergabung dengan Toh Pek Kong ( diasaskan di Pulau Pinang )..frown emoticon
VICTOR PURCELL 1947
https://www.youtube.com/watch?v=DNmribS7pqA
Jom BacaSejarah Upacara Ahli Baru Kongsi Gelap Di Tanah Melayu
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free