Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Terengganu berwaspada jumpa Sime Darby malam ini

Posted by kezamx on Tuesday 17 June 2014


Kelincahan pemain Terengganu Norfarhan Muhammad amat diperlukan ketika menentang Sime Darby malam ini.-Gambar Sofee Photography

Dua kekalahan berturut-turut dengan jumlah bolos yang sama, 1-4 kepada Selangor dan 3-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), membuatkan Terengganu mengambil pendekatan berwaspada apabila turun bertemu kelab Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Hal ini diakui ketua pasukan skuad Penyu Zairo Anuar Zailani yang membayangkan ujian sukar bakal menanti pasukannya kerana corak lawan yang sentiasa berbeza apatah lagi mereka masih segar dengan kejayaan menundukkan Perak, 4-0. Bekas pemain kebangsaan itu berkata, beraksi di laman sendiri bukan kelebihan apatah lagi skuad bimbingan Ismail Zakaria itu pasukan liat untuk dijinak seperti ketika menewaskan Terengganu 2-3 dalam aksi pusingan pertama.

“Tumpuan kami untuk mengutip tiga mata bukannya seri selepas dua kekalahan berturut-turut, justeru dengan kekuatan lawan yang tidak kurang hebatnya kami perlu menggandakan asakan untuk memburu kemenangan. “Selain itu, saya harap barisan pertahanan lebih disiplin mengekang asakan lawan serta meminta jentera serangan diketuai Manaf Mamat, Endres Estupinan dan Mustapha Dabo serta pemain tempatan, mengancam kubu lawan,” katanya.

Ketika ditanya misi pasukannya dengan baki tiga perlawanan termasuk bertemu Sime Darby, pemain berusia 32 tahun itu belum mahu mengangkat bendera putih untuk perebutan tangga teratas liga sebaliknya mahu fokus bagi mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.-Harian Metro

Sementara itu satu lagi wakil dari Terengganu, T-Team akan berkunjung ke Ipoh untuk bertemu pasukan Perak. Skuad Titans sudah pasti mahu mengekalkan momentum kemenangan selepas menjinakkan PKNS 2-0 sabtu lalu. Kemenangan ini amat penting bagi T-Team terus kekal bersaing dan mengelak dar tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free