Pages

kezamx. Powered by Blogger.
Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Sejarah Upacara Ahli Baru Kongsi Gelap Di Tanah Melayu

Posted by kezamx on Wednesday, 25 February 2015


Pada keseluruhannya kesemua kongsi gelap di Tanah Melayu merupakan cabang kepada Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi), atau dikenali sebagai Liga Hung (Banjir). Namun begitu persoalan asal usul bukanlah perkara pokok kerana kita lebih berminat untuk melihat pengaruh pertubuhan ini di Tanah Melayu...
Upacara Menerima Ahli Baru
Upacara menerima ahli baru berdasarkan kepada kosmos orang cina dan diperkenalkan kebesaran geomatik horoskop yang rumit dan peralatan Buddha dan Taoist.
Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Presiden, 'Tai Ko' atau Elder Brother, Dua orang Timbalan Presiden atau Incense Master, seorang pengajar, dua orang yang memperkenalkan kongsi gelap, seorang yang menjalankan hukuman mati, sepuluh orang kaunselor, seorang bendahari, seorang penerima, seorang pembantu penerima, agen, penghantar mesej, detektif dan rekrut-rekrut...#:-S
Semasa hari pendaftaran di Tokong, calon-calon harus memakai pakaian baru atau sekurang-kurangnya pakaian yang baru dibersihkan, kot putih dengan seluar panjang, mendedahkan tangan kanan, bahu dan dada, menggulung seluar panjang di sebelah kaki kiri ke paras lutut, menggantikan kasut dengan sepasang capal berumput dan melilit kain merah di kepalanya. Di luar bahagian Tokong, 'Master' akan membaca sejarah tradisional kongsi gelap dan memberikan tandatangan dan kata rahsia kepada calon. kemudian Master akan memasuki Tokong dan memuja dengan menggunakan artikel suci di dalam upacara ini. Ini termasuk Bendera Lima Keturunan Nenek Moyang, Sepanduk Tempat Perjumpaan, Sepanduk Tujuh Bintang iaitu Gugusan Bintang Beruang Utama, Sepanduk Persaudaraan Berjaya, Pedang Sakti, Peralatan Tulisan Suci, Cermin Sakti, Lampu Hung, Pembaris dan sebagainya. Setiap satu disertakan dengan ungkapan yang sesuai.
Tokong ini digambarkan sebagai sebuah kawasan yang dikelilingi tembok batu. Calon akan menempuh perjalanan yang simbolik. Di dalamnya terdapat Pintu Utara, Pintu Selatan, Timur dan Barat, pentas untuk Master berpidato, pasar keamanan universal, lembah berapi, jambatan, anak sungai yang cetek dengan batu-batu yang leper dalamnya, Taman Bunga berwarna merah, pintu bandar Willows, pintu Dewan Ketaatan dan pintu Hung. Setelah memasuki Tokong, maka calon-calon akan menempuh upacara yang panjang lebar. Beberapa upacara tersebut akan dibincangkan kemudian. Setelah terdengar loceng kecemasan, Kakitangan Merah ( orang yang menjalankan kerja hukuman pembunuhan) akan melaporkan kepada Master. Master akan mengarahkan Jeneral untuk melihat apa yang berlaku. Setelah Jeneral kembali, 'Vanguard' akan menemui Master dan menyembahnya. Selepas itu ia malaporkan kepada Master tentang rekrut-rekrut baru. Selepas menjawab beberapa soalan seperti " datang dari mana?", Jawapannya "dari Timur" dan sebagainya, calon ini akan diiringi oleh 'Vanguard' yang memkai Pedang Sakti dari rumah ibadat dan memegang Bendera Waran. Calon akan memasuki Pintu Timur ke bandar dan di pintu masuk mereka tadi akan membuat separuh bulatan dengan pedang. Sebelah pedang diperbuat daripada tembaga dan sebelah lagi daripada keluli. Selepas itu Master akan bertanya "Apakah kegunaan pedang ini?" Calon akan menjawab "Untuk memenggal kepala pengkhianat!" Terdapat juga perarakan melalui beberapa taman dan anak sungai dan mengelilingi Tokong.
Kemudian kita lihat pentadbiran Tiga Puluh Enam Ikrar (36).. Ikrar ini untuk menaikkan moral seseorang. Tanggungjawab seorang ahli terbatas kepada persatuan atau kongsi mereka sahaja. Tugas ahli yang pertama adalah menghormati ibu bapa. Ikrar tersebut juga berkaitan dengan godaan dan perzinaan dengan saudara mara dikalangan ahli. Ikrar yang ke-31 pula memerintahkan supaya seorang ahli membantu saudaranya yang melakukan jenayah. Mereka harus menolong ahli mereka melarikan diri. Mereka tidak boleh membiarkan saudaranya dalam kesusahan.
KOD DISPLIN yang lengkap mempunyai 36, 10 perintah, 72 Artikel Undang-undang dan 21 peraturan. Syarat utama adalah rahsia, saling bantu membantu dan menghormati kaum wanita ahli-ahli.
Selesai melafazkan ikrar, maka ketua akan memecahkan sebuah mangkuk lalu berkata, " Oleh kerana mangkuk ini tidak akan bercantum lagi, maka tiada seorang pun daripada saudara yang dapat melepaskan diri daripada tanggungjawab yang telah saudara lafazkan di dalam Sumpah Tiga Puluh Enam Ikrar yang telah diperturunkan kepada kita oleh Lima Generasi Nenek Moyang". Kemudian calon-calon tersebut dibawa melalui Pintu Barat. Kertas yang mengandungi ikrar dibakar dan mulai daripada sekarang Tuhan akan memerhatikan penguatkuasaan ikrar tersebut. Abu kertas kemudiannya dibawa ke Taman Bunga Berwarna Merah. Ikrar tersebut disahkan dengan memotong kepala ayam jantan berwarna putih. Selepas itu calon dikehendaki meminum secawan teh dan kemudian Kipas Putih (Pengajar) akan memberitahu calon-calon supaya meluruskan lengan kiri mereka untuk dicucuk dan beberapa titik darah akan jatuh ke dalam mangkuk yang mengandungi darah ayam jantan dan abu-abu ikrar yang telah dicampurkan oleh Ketua. Calon tersebut meminum darah sambil membaca ikrar.
Kemudian calon akan membayar yuran kemasukan. Selepas itu Ketua menyampaikan sijil keahlian kepada mereka yang dikenali sebagai Hung Piu (Diploma Hung), Yiu Ping (Tabung) atau Hung Tan (Bill Hung). Upacara berakhir dengan berbagai soal jawab dan penutupnya diadakan upacara perjalanan mistik.......
Pada tahun 1854, terdapat dua kumpulan kongsi gelap orang cina iaitu Ghee Hin Dan Ho Seng. Kini orang-orang Melayu dibenarkan menjadi ahli. Mereka yang dibawah Persatuan Bendera Putih menyertai Ghee Hin manakala mereka yang menganggotai Bendera Merah bergabung dengan Toh Pek Kong ( diasaskan di Pulau Pinang )..frown emoticon
VICTOR PURCELL 1947
https://www.youtube.com/watch?v=DNmribS7pqA
Jom BacaSejarah Upacara Ahli Baru Kongsi Gelap Di Tanah Melayu

AMALAN SUNNAH YANG TIDAK DI KETAHUI

Posted by kezamx on Thursday, 21 August 2014



 Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.
Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya. Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.

Antaranya:
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
Bersambung dalam http://blogtokwan.blogspot.com/2012/08/amalan-sunnah-yang-tidak-diketahui.html semuga mendapat munafa'at darinya.

Salam Ukhuwah..~
Jom BacaAMALAN SUNNAH YANG TIDAK DI KETAHUI

Gambar Negara Palestin 100 Tahun Yang Lalu Sebelum Di Jajah Israel

Posted by kezamx on Monday, 7 July 2014


Jauh sebelum dijajah Israel, Palestina dulunya adalah sebuah negara yang indah dan makmur namun kini keindahan Palestina hancur oleh kekejaman orang orang yahudi yang menjajah tanah palestina. Nah berikut ini ada beberapa foto foto palestina pada tahun 1900 sebelum di jajah Israel.









































Jom BacaGambar Negara Palestin 100 Tahun Yang Lalu Sebelum Di Jajah Israel

Gambar Kehidupan Di Negara India 100 Tahun Yang Lalu

Posted by kezamx on Tuesday, 17 June 2014


India 100 Tahun Yang Lalu











































Jom BacaGambar Kehidupan Di Negara India 100 Tahun Yang Lalu

10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

Posted by kezamx on Thursday, 12 June 2014



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Jadi, anda tunggu apa lagi?
Sebarkan!
Biar semua orang tahu!
Jom Baca10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

HUBUNGAN MAJAPAHIT DAN MELAKA

Posted by kezamx on Friday, 30 May 2014

 Kerajaan Majapahit yg beragama Hindu Kuno telah mengunakan gelaran Gusti bagi panggilan kepada tuhan-tuhan sembahan mereka.
Disebabkan ajaran agama Hindu Kuno menyatakan Raja adalah bayangan tuhan di atas dunia ini maka mereka memberi gelaran Gusti kepada raja-raja mereka
Justeru itu mereka menyembah raja-raja mereka sama seperti mereka menyembah tuhan-tuhan agama Hindu Kuno
Gusti Pengeran Agung Parameswara (1344 – 1414) seorang anak raja yang lari ke Palembang dan seterusnya Ke Melaka adalah raja yang menganut agama Hindu Kuno. Beliau membuka Kerajaan Hindunya yang pertama di Melaka pada Tahun 1404M.
" The name Parameswara is derived from the Sanskrit word Parameśhvara, a Hindu concept literally meaning the "mighty Lord". The word "parama" meaning "the supreme" is added to Ishvara to intensify the title of God. Parameśhvara is also one of the names of Lord Shiva."
Pada Tahun 1409M Sepasukan para pendakwah Islam telah sampai ke Melaka yang diketuai oleh Laksamana Ma Zheng He ( Cheng Ho ) atas Perintah Maharaja Ming Tanah Besar China bagi menyebarkan Syiar Islam Kepada Gusti Pengeran Agung Parameswara di Melaka..
Setelah Gusti Agung Parameswara memeluk agama islam beliau telah menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah.
Rakyat Melaka yang tertalu taat dengan rajanya telah memeluk agama islam secara beramai-ramai...
Walaupun sebahagian besar rakyat Melaka telah menganut agama islam tetapi mereka masih lagi mengekalkan adat istiadat menyembah raja dan sultan-sultan mereka seperti mana mereka menyembah patung-patung berhala Hindu Kuno sebelumnya..
Amalam menyembah raja dan sultan serta kepercayaan raja-raja mempunyai daulat dan menentangnya adalah DURHAKA kekal di dalam masyarakat melayu hingga ke hari ini...
Antara sumbangan besar Laksamana Cheng Ho di dalam misi dakwah dan tablighnya di dalam gugusan kepulauan Nusantara :
Selain dari Melaka Ma Zheng Her juga telah berjaya menyebarkan Islam ke atas 7 buah wilayah atau negeri-negeri di seluruh Nusantara..I
Laksamana Cheng Ho antara tokoh utama yang berperanan bagi meruntuhkan Pengaruh Kerajaan Hindu Majapahit serta menghapuskan pengaruh agama hindu di Kepulauan Nusantara dan Alam Melayu..
Laksamana Cheng Pembawa Obor Sinar Islam di Kepulauan Melayu yang dahulunya berada di dalam kegelapan dibawah pengaruh kerajaan Hindu Majapahit.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskanda

Jom BacaHUBUNGAN MAJAPAHIT DAN MELAKA

Perjalanan Isra Dan Mikraj Rasulullah SAW

Posted by kezamx on Tuesday, 27 May 2014








(Atas adalah gambar Masjidil Aqsa)



BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut.



Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan.



Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.



Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.



Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.



Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.



Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.



Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.



Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.



Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.



Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.



Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.



Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.



Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.



Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.



Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.



Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.



Baitulmaqdis



Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?



Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.



Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.



Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?” Baginda menjawab: “Masjidil Haram.” Abu Zar bertanya lagi: “Lalu masjid apa?”



Rasulullah menjawab: “Al-Masjid al-Aqsa.”



“Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?” tanya Abu Zar lagi.



Baginda menjawab: “Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Simbolik



Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.



Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.



Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: “Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.



“Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan.”



PENULIS sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di http://ift.tt/1numchI
Jom BacaPerjalanan Isra Dan Mikraj Rasulullah SAW

Apa itu Fasis

Posted by kezamx on Tuesday, 20 May 2014






1) Nasionalis Bangsa
2) Rasis
3) Kekerasan
4) Totalitarian

Nasionalis Bangsa:
Nasionalis bangsa adalah semangat kebangsaan berteraskan ketuanan. Kelompok ini merasakan mereka adalah tuan yang berkuasa ke atas semua bangsa lain. Mereka juga mendominasi segala hal dalam negara serta dibolehkan menghalau sesiapa sahaja yang bukan sebangsa dengan mereka.

Rasis:
Rasis(perkauman) adalah sifat benci terhadap kaum selain dari kaumnya. Di eropah, mereka menggunakan slogan White Power sebagai trade mark untuk menyatakan hanya bangsa kulit putih sahaja dibenarkan. Di Malaysia, mereka menggunakan Ketuanan Melayu sebagai trade mark untuk mewujudkan hanya kelompok Melayu sahaja dibenarkan.

Kekerasan:
Kekerasan seperti ugutan, jenayah, gangster atau pembunuhan dipraktikkan untuk wujudkan ketakutan terhadap masyarakat. Fasis menggunakan cara kekerasan utk menakutkan semua orang supaya patuh dan taat padanya. Kekerasan menjadi senjata utama dalam perjuangan Fasisme.

Totalitarian :
Memusatkan pemerintahan di bawah satu paksi kuasa mutlak. Contohnya sebuah negara dikawal oleh satu parti yang dominan terhadap semua organisasi. Satu parti ini membuat keputusan untuk semua orang tanpa boleh dibantah. Ia juga mirip kepada Diktator. Totalitarian tidak membenarkan kepelbagaian dan perbezaan pendapat. Totalitarian tidak benarkan demokrasi. Sebaliknya, segala keputusan ditentukan oleh seseorang individu atau parti dominan.

ANTIFA adalah anti-Fasis..
Jom BacaApa itu Fasis

UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DI MAJLIS MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10

Posted by kezamx on Sunday, 18 May 2014

Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti Komunis Malaya dan satu-satunya pengasas Rejimen Ke-10 yang masih ada, yang dihormati dan dikasihi,

Kawan Indradjaya sedang menyampaikan ucapan
Para pegawai dari Pejabat Daerah Sukhirin yang dihormati,

Pegawai Penghubung dari pihak tentera yang dihormati,

Para tetamu dari Malaysia yang dihormati,

Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dihormati,

Salam mualaikum warahmatullahi wabarahkatuh,

A.D.O. Sukhirin
Pada 21 Mei 65 tahun yang lampau, di satu tempat yang bernama Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang telah dilangsungkan satu upacara yang ringkas tapi khikmat, iaitu upacara penubuhan Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM). Kita sebut upacara itu ringkas tapi khikmat kerana ia hanya disertai oleh 17 orang anggota asas Rejimen Ke-10, tapi ia mempunyai erti yang amat besar.

Semenjak hari itu, walaupun menghadapi seribu satu kesulitan, seperti sangat kekurangan senjata, kewangan, bahan makanan dan kelengkapan tentera lainnya, tiada pengalaman bertempur dan kader-kader yang berpengalaman, terpaksa menghadapi berbagai serangan dan kepungan bertubi-tubi daripada pihak kaum penjajah semenjak ia ditubuhkan, akan tetapi, Rejimen Ke-10 terus-menerus berkembang membesar dalam kancah perang. Platun demi platun berturut-turut didirikan, demikian juga kompeni demi kompeni. Rejimen Ke-10 mungkin pernah rebah dan luka, tapi Rejimen Ke-10 tidak dapat dibasmi.
Leftenan wakil Unit Penghubung tentera Thai


Rejimen Ke-10 didirikan setelah 11 bulan Undang-Undang Darurat dikuatkuasa oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948. Setelah melakukan persiapan politik dan militer yang rapi selama 3 tahun, penjajah British akhirnya telah mengambil keputusan untuk menghayunkan pisau bantainya membasmi kekuatan patriotik-demokratik yang semakin membesar di bumi Malaya dengan mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di kawasan-kawasan tertentu pada 18 Jun kemudian memperluaskannya pula ke seluruh negara termasuk Singapura 6 hari kemudiannya iaitu pada 24 Jun tahun 1948. Teror putih mengelubungi bumi Malaya termasuk Singapura.

wakil rakan2 dari Malaysia saudara Anas Abd. Jalil
Di bawah Undang-Undang Darurat itu, semua parti dan pertubuhan yang progresif dan kiri termasuk PKM, PKMM dan sebagainya telah diharamkan. UMNO yang menjadi pengikut setia dasar kaum penjajah adalah satu-satunya parti politik yang dibenarkan hidup. Di bawah Undang-Undang Darurat itu, beribu-ribu tokoh patriot-demokrat telah dijebloskan ke dalam penjara, bahkan sesetengahnya telah dijatuhkan hukuman mati. Hampir semua tokoh-tokoh patriot-demokrat Melayu telah ditangkap dan dijebloskan ke dalam penjara, antaranya termasuklah tokoh-tokoh Melayu yang amat terkenal pada masa itu seperti Dr. Burhanudin al-Helmy, Ahmad Bostamam, Rashid Maidin dan lain-lain. Kamarulzaman Teh dijatuhkan hukuman mati. Abdullah C.D. juga ditangkap tapi beliau berjaya melepaskan tangannya dari gari musuh lalu melarikan diri. Di bawah Undang-Undang Darurat itu, berpuluh-puluh ribu rakyat Malaya keturunan Tionghua dan India telah diusir secara paksa oleh kaum penjajah British ke negeri asal mereka, walaupun mereka itu sebenarnya telahpun menganggap Malaya sebagai tanahair mereka dan mereka telah memberikan sumbangan-sumbangan yang amat berharga dan kekal abadi kepada tanah bertuah ini.

Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang dari komander sampai ke perajurit-perajuritnya semua terdiri daripada bangsa Melayu ditubuhkan demi misi besar mengusir kaum penjajah British. Ia adalah kesinambungan yang tidak dapat diputuskan apalagi dinafikan daripada perjuangan-perjuangan anti penjajah bangsa Melayu kita sejak kaum penjajah menguasai wilayah bumi ini sejak 503 tahun yang lalu iaitu semenjak tahun 1511. Bahkan perjuangan anti penjajah yang dilancarkan oleh Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pimpinan Parti Komunis Malaya ini dilancarkan pada tahap dan kesedaran yang lebih tinggi, iaitu dengan cita-cita luhur dan suci mengusir kaum penjajah daripada bumi Malaya dan menbina satu negara yang lebih indah, lebih maju, lebih adil dan lebih demokrasi. 
Sekian. 

Wassalam.
Jom BacaUCAPAN KAWAN INDRADJAYA DI MAJLIS MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10

Gambar Zoo Tertua Di Eropah yang Diambil Pada Tahun 1955

Posted by kezamx on Thursday, 1 May 2014


Zoo Denmark Copenhagen telah ditubuhkan pada tahun 1859, menjadikannya salah satu daripada institusi zoologi tertua di Eropah. Lebih 27 ekar dipenuhi dengan kandang haiwan dan tarikan pelancong.



Tidak sama seperti zoo secara umum, gambar-gambar lama zoo Copenhagen akan membuka mata anda. Pada tahun 1955, ia adalah masa yang sama sekali berbeza. Orang dengan pelbagai kepercayaan yang jauh berbeza dari orang-orang moden. Imej-imej dari masa yang begitu pelik, mereka seolah-olah benar-benar kagum apa yang mereka lihat.






















Jom BacaGambar Zoo Tertua Di Eropah yang Diambil Pada Tahun 1955

Ernesto Che Guevara

Posted by kezamx on Wednesday, 16 April 2014



Ernesto Che Guevara (1928–1967) dilahirkan di Rosario, Argentina merupakan seorang Marxist revolutionary. Beliau berasal dari keluarga pertengahan dan merupakan pelajar yang sangat pintar. Che Guevara sangat aktif dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan walaupon mempunyai penyakit asma.

Pada tahun 1951, Che Guevera bersama rakan baiknya Alberto Granado mengembara ke benua amareka selatan dengan menaiki motosikal. Mereka menuju ke Chile, Peru, Colombia dan Venezuela. Che menulis buku tentang pengembaraan ini yang dikenali “The Motorcycle Diaries”. Beliau melihat ramai rakyat di negara amareka latin hidup dalam kemiskinan dan dilayan seperti hamba.

Pada tahun 1953 beliau berjaya menamatkan pengajian dalam perubatan di University of Buenos Aires. Che dan rakannya sekali lagi mengembara ke benua amareka selatan. Destinasi pertama yang dituju adalah Bolivia diikuti Peru, Ecuador, Venezuela, Panama, Costa Rica, Guatemala dan Mexico.

Ketika Che tiba di Guatemala, beliau menyaksikan bagaimana US menggulingkan kerajaan sah Guatemala yang dipimpin oleh Jacobo Arbenz Guzman kerana dituduh pro komunis. US menggunakan ejen CIA untuk melakukan rampasan tentera dan meletakkan bonekanya Colonel Carlos Castillo sebagai pemimpin baru kerajaan Guatemala. Ketika kejadian,Che dan rakannya bersembunyi di kedutaan Argentina di Guatemala dan kemudian menuju ke Mexico. Colonel Carlos Castillo adalah boneka amareka yang mendapat bantuan CIA kerana pro kapitalis dan melaksanakan pemerintah junta tentera pada 1954 sebelum dibunuh pada 1957.

Setelah tiba di Mexico, Che bertemu dengan pasangan adik beradik iaitu Fidel dan Raul Castro. Pasangan adik beradik ini merupakan bekas pemimpin gerila yang terlibat dalam serangan Moncada Barracks di Cuba pada tahun 1953. Fidel, seorang peguam bersama adiknya dan seramai 140 orang gerila menyerang tentera kerajaan pemerintahan dictator Fulgencio Batista yg pro amareka yang bertanggungjawab merampas kuasa di Cuba pada tahun 1952. Fulgencio batista adalah seorang diktator yang sangat kejam berkiblatkan amareka.

Pertemuan antara Che Guevera bersama Fidel dan Raul Castro sangat significant. Mereka terpengaruh dengan ideology Marxist Leninist dan bercita cita mewujudkan negara komunis. Setelah melihat satu demi satu kerajaan amareka latin digulingkan oleh boneka US dengan bantuan CIA, semangat revolusi mula berkobar kobar. Ramai rakyat di benua amareka latin terpaksa menghambakan diri pada kuasa imperialis amereka dan hidup dibawah sistem kapitalis yang menindas. Che dan rakan rakannya mula merancang sesuatu. Mereka merumuskan bahawa,hanya REVOLUSI mampu mengubah corak pemerintahan dan kembalikan kuasa mutlak kepada rakyat.

Pada tahun 1956, serama 82 orang tentera gerila yang dipimpin oleh Che tiba di Cuba. Mereka belayar dari Mexico ke Cuba menggunakan sebuah bot yang diberi nama Granma. Misinya adalah untuk menjatuhkan pemerintahan dictator Fulgencio Batista . Ketika mendarat di Cuba, mereka diserang bertubi tubi dan mengakibatkan ramai terkorban. Tak sampai 20 orang gerila yang terselamat.

Peperangan ini hampir memusnahkan misi revolusi yang dipimpin oleh Che, tapi semangat juang bersama rakan rakan tetap diteruskan. Mereka menyusup masuk ke kampong kampong dan bergerak ke kawasan pergunungan untuk menyedarkan rakyat berjuang menentang diktator Fulgencio Batista. Che dan rakan rakan mula mendapat perhatian dan simpati orang ramai.

Beberapa orang wartawan dibenarkan melawat kem latihan dan pusat koordinasi gerila komunis di Cuba. Banyak artikel dan gambar yang diambil ketika bersama komrad Che dan rakan rakannya disebarkan ke media antarabangsa. Che menjadi inspirasi kepada jutaan rakyat yang mula bangkit menentang kuasa imperialis US.

Pada tahun 1958, Batista mengarahkan serangan besar besaran terhadap gerila komunis di Cuba. Pertempuran di Santa Clara menyaksikan tentera Cuba seramai 2500 anggota dilengkapi persenjataan canggih, kereta kebal dan meriam menyerang tentera komunis yang berjumlah 300 orang. Tentera komunis yang sudah biasa dengan selok belok hutan berjaya mengalahkan tentera Cuba dan menguasai balai polis dan menawan bandar Santa Clara. Taktik yang digunakan Che berjaya mengelirukan tentera regime dan serangan yang dilakukan berjaya melumpuhkan tentera Cuba. Majority rakyat berpihak kepada komunis kerana tidak tahan dengan kezaliman regime.

Pada malam sambutan tahun baru 1959, presiden diktator Fulgencio Batista bersama ahli keluarga dan menterinya terpaksa melarikan diri. Mereka menuju ke Republik Dominica dengan membawa beratus ratus juta USD. Sumber mengatakan, lebih 20 000 rakyat Cuba menjadi mangsa pembunuhan yang dilakukan oleh regime Fulgencio Batista.

Perjuangan Che bersama rakan rakan berjaya melumpuhkan tentera regime Fulgencio Batista. Dengan penuh bangga revolusi Cuba telah diisytiharkan berjaya pada 1 Januari 1959. Cuba muncul negara Republic Socialist Marxist Leninist yang memperjuangkan kesamarataan dan keadilan sosial. Fidel Castro dipilih menjadi presiden dan Che Guevera dipilih menjadi Menteri Industry dan Ekonomi. Sejak itu, hubungan antara Cuba dan Soviet Union semakin akrab. Hubungan diplomatik dengan negara blok komunis menjadi lebih erat dan manfaat ekonomi diagih sama rata.

Pada tahun 1965, Che mula memikirkan untuk meluaskan revolusi ke seluruh dunia. Beliau merasakan masih banyak negara yang dijajah imperialis memerlukan pembebasan revolusi. Negara negara yang dikuasai kapitalis menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa dan kekayaan dibolot oleh golongan kapitalis. Lantas beliau memilih untuk meletakkan jawatan dan menuju ke Congo kerana disana terdapat revolusi dipimpin oleh pemimpin sosialis bernama Laurent Desire Kabila.
Selama 9 bulan Che berjuang di Congo. Tentera gerila komunis diburu habis habisan. Situasi di Congo agak rumit kerana tentera gerila disana kurang disiplin.

Setelah dinasihati oleh rakan seperjuangnnya, Che pulang ke Argentina. Setelah tiba di Argentina, beliau menerima surat dari rakan revolusinya Fidel Castro yang sangat mengagumi perjuangan dan jasanya pada rakyat. Fidel Castro menyatakan jika Che masih bersemangat meneruskan revolusi, Bolivia adalah negara yang sesuai.

Che bersama 50 rakannya mula mempersiapkan kelengkapan menuju ke Bolivia. Mereka mula bergerak ke hutan dan bergerak secara gerila. Ketika ini, ejen CIA sudah bersepah di seluruh dunia. Setelah hampir setahun dalam hutan,ada ejen CIA menyelinap masuk ke dalam kumpulan gerila komunis. Lokasi Che dan rakan rakannya dikenal pasti. Serangan hendap dilakukan terhadap tentera gerila komunis dan ramai yang terkorban. Tentera gerila komunis tinggal tak sampai 20 orang. Che Guevera cedera akibat ditembak dan menyukarkan pergerakkanya.

Pada 8 Oktober 1967, Che Guevera berjaya ditangkap. Pergerakannya dikesan oleh ejen CIA dan mereka berjaya menahannya. Ketika disoal siasat, tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana Che seorang yang berani dan punyai semangat perjuangan luar biasa. Ejen CIA bermesyuarat dan mendapat arahan supaya membunuh Che Guevera. Namun tidak ada seorang pon yang berani tampil dan sanggup membunuhnya. Akhirnya, mereka terpaksa mengarahkan seorang anggota tentera Bolivia yang bernama Sergeant Mario Teran menembak mati Che Guevera.

Pada 9 Oktober 1967, Che Guevera telah dibunuh di bumi Bolivia. Berita ini telah tersebar ke seluruh dunia dan menjadi tajuk utama di akhbar dan media antarabangsa. Nama Che Guevera sangat digeruni oleh negara kapitalis kerana impak pengaruhnya yang sangat kuat terhadap perjuangan orang miskin dan rakyat tertindas. Demonstrasi besar besaran diadakan di banyak negara sebagai memperingati jasa dan pengorbanan Che Guevera yang dianggap wira. Che Guevera adalah contoh perwira yang susah senang bersama rakyat miskin. Beliau meninggalkan legasi perjuangan kepada berjuta juta revolutionary rakyat di serata dunia. Semoga perjuangannya menjadi inspirasi kepada kita semua.
Jom BacaErnesto Che Guevara
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free