Pages

kezamx. Powered by Blogger.

C-string: Lelaki Suka, Wanita Tak Selesa

Posted by kezamx on Saturday, 21 June 2014

KINI tiada lagi G-string, fesyen terkini pakaian dalam wanita menampilkan C-string dengan rekaan yang ‘teramat’ ringkas.

Malah, jika diamati ia umpama cekak rambut untuk menutup bahagian sulit wanita di depan sahaja dan bagi pereka fesyen ia menyelesaikan masalah garisan seluar dalam yang kelihatan apabila mengenakan pakaian.

cstring2

Ia mendapat sambutan hangat di kalangan kaum lelaki yang membelinya untuk isteri dan teman wanita.

Bagaimanapun, di kalangan wanita pula ada yang kurang berpuas hati dengan fesyen terkini ini kerana ia dikatakan tidak selesa dipakai terutama kerana fabrik yang dianggap pelik.

“Ia tak kekal di tempat yang sepatutnya, susah untuk memakainya walaupun untuk tempoh dua minit. Jadi jangan buang wang anda membelinya kerana produk ini tidak berbaloi,” kata seorang wanita dalam forum berkaitan produk itu.

Pandangannya mendapat perhatian ramai termasuk kolumnis di seluruh dunia yang turut menilai fesyen terkini pakaian dalam wanita itu.

Malah, ada yang setuju dan melabelnya sebagai ‘pakaian dalam wanita terburuk pernah dihasilkan.”

cstring

Berbeza sekali dengan kaum lelaki apabila mereka tidak melihat sesuatu yang buruk mengenai C-string dan sentiasa memberi komen positif terhadap produk yang dianggap seksi ini.

Seorang suami menulis: “Isteri saya tidak sukakannya tetapi saya suka.”-mStar

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free