Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Tukang kebun bernafsu songsang, cabul budak empat pelajar sekolah

Posted by kezamx on Tuesday 17 June 2014


Azmi (tengah) dipenjara enam tahun selepas mengaku salah melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar berusia antara 12 dan 14 tahun.

Seorang tukang kebun yang bernafsu songsang hingga tergamak mencabul kehormatan empat pelajar lelaki berusia 12 hingga 14 tahun, dijatuhi hukuman enam tahun penjara oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Azmi Naman, 57, dari Kampung Padang Langkuas, Kelantan, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan empat pelajar lelaki berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Azmi mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 14 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan cara memegang kemaluannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari pada 10 Ogos 2013.

Dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama di rumah berkenaan kepada seorang lagi mangsa berusia 13 tahun, kira-kira jam 4 petang pada hari sama.

Azmi turut mengaku salah melakukan kesalahan sama pada dua lagi mangsa, masing-masing berusia 14 dan 12 tahun pada kira-kira jam 2.30 petang 6 September 2013 dan kira-kira jam 5.30 petang 28 Ogos 2013 di rumah berkenaan.

Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu, Azmi berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sinar Harian 20 September tahun lalu melaporkan, suspek turut memiliki rekod jenayah meliwat dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan tersebut.

Perbuatan suspek terhadap semua mangsa terbongkar selepas seorang daripada mangsa menceritakan kepada ibu bapanya.-Sinar Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free