Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia

Posted by kezamx on Tuesday 17 June 2014


Ummi Nadiah Filzah Binti Daud pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia. Sumber: Pelajar Malaysia Di Mesir Kemalangan Meninggal Dunia selepas terlibat kemalangan pada 3 Jun lalu.

Seorang daripada enam penuntut jurusan pergigian, Ummi Nadiah Filzah Daud yang terbabit dalam kemalangan di Mesir pada 3 Jun lalu dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir, semalam. Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan selepas hampir dua minggu menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan Mahasiswa Malaysia di Mesir, Ahmad Asraf Amirullah, berkata akibat insiden malang itu, keadaan mangsa berada pada tahap kritikal apabila mengalami keretakan tulang belakang yang serius dan lumpuh separuh badan. “Pihak hospital turut mengesyaki ada berlaku pendarahan dalam badan mangsa,” katanya ketika dihubungi harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, tiga lagi penuntut, Siti Shahirah Abdul Jalil patah tangan dan rahang, Fatin Inani Mohd Noh (Patah rahang) dan Siti Nurul Aisyah Zahari (patah tangan) dan dirawat di hospital Miri, Iskandarian, Mesir sudah dibenarkan pulang di kediaman masing-masing di sini. “Dua lagi penuntut, Najihah Najwa Zulkifli dan Nuraddina Khairunaha dilaporkan selamat dan dihantar pulang ke Malaysia. “Semoga roh Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dicucuri rahmat oleh ALLAH. Insyaallah,” katanya.

Dalam insiden awal bulan ini, enam penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir. Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan itu berlaku selepas pemandu van terbabit terlanggar belakang sebuah lori sehingga menyebabkan van dinaiki mereka berpusing beberapa kali. Pelanggaran itu menyebabkan pintu van tercabut dan kesemua enam pelajar perubatan itu tercampak. Semua mangsa ketika itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.-Harian Metro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free