Pages

kezamx. Powered by Blogger.

DAP setuju keputusan AG, mahu Mais pulangkan Bible

Posted by kezamx on Monday 16 June 2014








Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR - DAP hari ini mempertahankan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa tiada pendakwaan bersabit rampasan kitab Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan kes perlu ditutup.



Ahli Parlimen DAP-Serdang, Ong Kian Ming menegaskan, penerbitan Bible dalam dua bahasa itu bukan satu kesalahan dan BSM tidak boleh didakwa selaras dengan keputusan Peguam Negara pada Rabu lalu.



"Peguam Negara telah memutuskan bahawa buku-buku yang dirampas bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.



"Ini bermaksud bahawa penerbitan Bible bukan satu kesalahan dan BSM tidak boleh didakwa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.



Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu masuk premis BSM di Petaling Jaya dan menyita 300 Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban.



Menurut Kian Ming, Mais bukan sahaja enggan memulangkan kitab Bible tersebut bahkan mereka mengambil langkah tambahan untuk meminta supaya ia dilupuskan.



"Dalam kenyataan Mais bertarikh 14 Jun lalu, mereka telah mendesak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Selangor untuk mendapatkan perintah pelupusan untuk barang dalam kes ini iaitu Bible, mengikut Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah (CPC)," katanya.



Sehubungan itu, Pengarah Strategi DAP itu mendesak Mais dan Jais supaya bekerjasama memulangkan kitab Bible itu dalam keadaan baik dan tidak dirosakkan.



"Langkah pertama yang perlu diambil oleh Mais dan Jais adalah untuk menunjukkan bahawa Bible masih dalam keadaan yang baik dan tidak dirosaki dan dilupuskan," ujar beliau.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Jais dan Mais petang ini bagi menyelesaikan isu berkenaan.



Sumber: Sinar Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free