Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Empat maut, tujuh parah kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur

Posted by kezamx on Monday 16 June 2014


Keadaan kereta Honda Accord mangsa. Gambar Harian Metro

Empat lelaki maut manakala tujuh lagi parah selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki terbabas di Kilometer 134.1 Lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh, awal pagi ini.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, yang juga pemandu kereta berkenaan, berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Identiti tiga lagi mangsa yang terkorban dan tujuh yang parah dipercayai warga Myanmar itu masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.29 pagi ketika kereta yang dinaiki 11 orang itu sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan lalu terbalik menyebabkan empat mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat manakala mangsa yang parah menerima rawatan di hospital sama. – Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free