Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Saman fitnah: MP tarik balik rayuan

Posted by kezamx on Monday 16 June 2014





PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook hari ini menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah RM5 juta yang difailkannya terhadap dua pemimpin MCA negeri.



Panel tiga hakim diketuai Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin kemudiannya menolak rayuan Siew Fook selepas peguam Gobind Singh Deo yang mewakilinya memberitahu mahkamah beliau menarik balik rayuan itu tanpa perintah berkaitan kos.



Alizatul yang bersidang bersama Hakim-hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Mah Weng Kwai juga tidak membuat sebarang perintah berkaitan kos.



Berikutan keputusan ini, keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Nov 2013 yang menolak kes saman fitnah Siew Fook terhadap Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Datuk Lim Fui Ming dan timbalannya Jason Lee Kee, kekal.



Siew Fook, yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan itu kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan akhbar Guang Ming Daily pada 24 Februari 2012.



Siew Fook mendakwa artikel itu menjejaskan dengan teruk kredibiliti dan reputasi beliau.



Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sungguhpun kandungan artikel itu merupakan satu fitnah terhadap Siew Fook, namun plaintif gagal membuktikan fitnah itu dilakukan Lee Kee dan Fui Ming.



Lee Kee diwakili peguam V. Ganesalingam dan Fui Ming pula oleh peguam Haresh Mahadevan.



Sumber: BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free