Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Rumah pengarah filem Mamat Khalid dirompak, rugi lebih RM100,000

Posted by kezamx on Wednesday 18 June 2014


HASMAH menunjukkan tempat barangan berharga yang dilarikan perompak di rumahnya di Taman Hillview, Ipoh, pagi hari ini. -Harian Metro


Pengarah filem Mamat Khalid.

Pengarah filem Zombi Kilang Biskut Mohammad Mohd Khalid atau lebih popular sebagai Mamat Khalid, 51, mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas rumahnya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur di sini, dimasuki perompak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, perompak berkenaan membawa lari kenderaan Mitsubishi Triton miliknya termasuk wang tunai RM500, kamera antik, Ipad dan alat pemainan video PSP. Menceritakan kembali kejadian itu, isterinya Hasmah Hassan, 50, berkata, ketika kejadian hanya dia bersama dua anaknya yang berada di rumah disebabkan suaminya sedang melakukan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Hasmah Hassan menunjukkan almari hiasan yang pecah dalam kejadian rompakan di rumah mereka di Lebuh Hillview Taman Ipoh Jaya, awal pagi Rabu. – foto BERNAMA

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama dua anaknya Mohd Khalid Adam Mohamad, 19, dan Nur Hassanah, 14, sedang tidur di bilik atas rumahnya sebelum menyedari kejadian itu ketika bangun untuk menunaikan solat subuh. Foto HASMAH menunjukkan tempat barangan berharga yang dilarikan perompak di rumahnya di Taman Hillview, Ipoh, pagi hari ini.

Katanya, perompak berkenaan dipercayai memotong alat penggera keselamatan sebelum memasuki rumahnya melalui jeriji besi tingkap dan mencuri barangan berharga di tingkat bawah rumah. “Perompak berkenaan yang masuk melalui tingkap dibahagian tepi rumah hanya mengambil barangan di tingkat bawah rumah sahaja sebelum mengambil kunci kereta, kunci pintu hadapan serta kunci pintu pagar.

“Walaupun mengalami kerugian namun kami sekeluarga bersyukur kerana kami tidak diapa-apakan. “Suami saya sudah diberitahu dan dia juga bersyukur kerana perompak berkenaan hanya mengambil barangan saja tanpa mengapa-apakan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Gunung Rapat kira-kira 11 pagi tadi dan polis juga sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup jiran mereka.-Harian Metro
v

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free