Pages

kezamx. Powered by Blogger.

(12 Gambar) Besi penghadang jalan tertusuk ke dalam bas, tiga cedera

Posted by kezamx on Wednesday 18 June 2014


Besi yang tertusuk ke dalam bas Rapid Kuantan semalam.

Seorang pelajar tingkatan satu patah kaki selepas Bas Rapid Kuantan yang dinaikinya terbabas dan merempuh rel penghadang jalan di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan, petang tadi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari, 13, antara tiga penumpang yang menempuh pengalaman ngeri apabila bas yang mereka naiki tertusuk rel penghadang jalan berkenaan, kira-kira 3.40 petang tadi. Rasydan dihantar Hospital Tengku Ampuan Afzan dan dirawat di ke Unit Kecemasan (ICU).




Salah seorang mangsa.









KEADAAN Bas Rapid Kuantan yang terbabas dan melanggar rel penghadang jalan di KM 4 Jalan Pekan – Kuantan, petang tadi. Kemalangan terbabit dipercayai berpunca daripada tayar depan sebelah kiri bas berkenaan pecah sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan.

Pegawai Bomba Kanan ll, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.45 petang tadi sebelum mengerahkan empat anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian. Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dihantar ke HTAA untuk rawatan susulan.-Harian Metro, Gambar Bomba dan Daily Traffic Reports

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free