Home » isu semasa » IS Lakukan Pembunuhan Beramai-Ramai
IS Lakukan Pembunuhan Beramai-Ramai
Posted by kezamx on Saturday, 16 August 2014
IRBIL – Militan Negara Islam (IS) didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di kampung Kocho, utara Iraq dengan menghapuskan 80 penduduk etnik minoriti agama Yazidi.
Beberapa pegawai berkata, kekejaman itu berlaku selepas IS melancarkan serangan terhadap puak minoriti dalam wilayah Nineveh dengan menyebabkan beribu-ribu orang melarikan diri.
“Kami mempunyai maklumat berbilang sumber di wilayah itu selain hasil risikan yang memberitahu bahawa satu konvoi militan IS memasuki kampung itut kelmarin,” kata seorang pegawai kanan Iraq, Hoshyar Zebari.
“Mereka membalas dendam terhadap penduduk kampung yang terdiri daripada puak Yazidi,” kata Zebari.
IS menganggap etnik Yazidi sebagai kafir kerana menyembah api.
Sementara itu beberapa serangan udara dilancarkan di kawasan empangan terbesar di Iraq semalam sebagai usaha mengusir militan IS yang menawan binaan tersebut awal bulan ini.
Siri serangan udara itu dilancarkan selepas laporan militan IS membunuh 80 penduduk minoriti agama Yazidi itu tersebar.
Penduduk yang tinggal di sekitar Empangan Mosul memberitahu agensi berita Associated Press bahawa kawasan itu menjadi sasaran serangan udara.
Namun, masih tidak dapat dipastikan sama ada serangan tersebut dilancarkan oleh tentera udara Iraq atau Amerika Syarikat (AS).
Pada minggu lalu AS melancarkan serangan udara untuk menyekat kemaraan IS di utara Iraq.
Militan-militan IS merampas empangan di Sungai Tigris itu pada 7 Ogos lalu.
Penduduk setempat menyatakan, sejumlah militan IS terbunuh dalam serangan tersebut. – Agensi
Labels:
isu semasa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment