Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Gara-Gara Piala Dunia, Rumah Tangga Terancam

Posted by kezamx on Tuesday 17 June 2014





Dubai – Hampir 47 peratus rumah tangga di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mungkin runtuh atau berakhir dengan perceraian kerana gara-gara kejohanan bola sepak Piala Dunia.



“Sehingga 47 peratus keluarga terdedah kepada perkelahian dan perdebatan sengit yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga kerana keputusan perlawanan Piala Dunia.



“Suami, isteri, bapa, ibu dan anak perlu menyedari tindakan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia dan bersorak untuk pasukan kegemaran. Kesannya mungkin amat teruk,” kata Ketua Majlis Runding Keluarga Khalifa Mohammad Al Muharrazy.



Beliau berkata, kadang-kala keputusan perlawanan boleh mencetuskan perkelahian antara suami isteri dan mungkin berakhir dengan sengketa yang tidak boleh didamaikan atau perceraian.



Beliau berkata demikian selepas pendedahan hasil kajian terhadap 300 pasangan di UAE yang antara lain mendapati 87 peratus wanita bimbang rumah tangga mereka tegang apabila pasukan yang disokong suami masing-masing kalah.



Keadaan itu akan mencetuskan perkelahian antara mereka walaupun si isteri tidak menonton perlawanan berkenaan.



Sebanyak 12 peratus isteri pula berkata, Piala Dunia tidak memberi kesan kepada rumah tangga mereka.



Kajian itu dijalankan selepas seorang wanita berusia 32 tahun diceraikan suaminya setelah mereka bertengkar kerana lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang disokongnya tumpas dalam satu kejohanan lain sebelum ini. – Agensi

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free