Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Edah Dadah: Tukang Jahit Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati

Posted by kezamx on Tuesday 17 June 2014





Kota Bharu – Seorang tukang jahit wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah jenis heroin 54.72 gram, tahun lalu.



Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.



Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 54.72 gram di Pekarangan Tempat Letak Kereta, berhampiran tandas awam, Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada jam 1.35 petang , 21 Januari 2013.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.



Sementara itu seorang jurugambar cedera di kepala dipukul oleh dua lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa.



Ketika kejadian jurugambar berkenaan sedang mengambil gambar tertuduh sebelum dia diserang oleh ahli keluarga tertuduh.



Kamera mangsa turut pecah dihempas oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.



Sumber: myMetro Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free