Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Bot karam: 20 mangsa ditemui, 7 masih hilang

Posted by kezamx on Thursday 19 June 2014






Mayat dijumpai dalam tragedi bot karam.

PELABUHAN KLANG - Sejumlah 20 mangsa ditemui manakala tujuh lagi masih hilang dalam kejadian terbaharu bot pancung yang membawa 27 warga Indonesia yang karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang, kelmarin.



Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata, enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh.



"Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar.



Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi ini menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.



Kejadian itu berlaku dalam tempoh 24 jam selepas tragedi bot karam yang membawa 97 pendatang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kelmarin.



Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata, pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam.



Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi.



Sumber: BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free