Selain daripada Hitler dan orang-orang kanannya yang kejam, wanita Nazi turut tidak ketinggalan menyumbangkan keganasan dan melahirkan rasa takut di kalangan para tahanan di kem-kem maut.
Kebanyakan pekerja kem-kem Nazi telah ditangkap dan didakwa atas membunuh dan menyeksa secara kejam para tahanan mereka selepas Perang Dunia Ke-2. Seramai 3600 orang wanita berkerja di kem-kem tahanan dan lebih kurang 60 orang dibicarakan di Tribunal Jenayah Perang di antara 1945 dan 1949. Daripada jumlah itu, 21 orang dihukum mati. Secara keseluruhan 5025 lelaki dan wanita didapati bersalah melakukan jenayah perang di zon-zon Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan lebih 500 orang dijatuhkan hukuman mati.
Wanita Nazi secara amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan dari kelas pertengahan, dan tiada pengalaman bekerja. Ada juga sukarelawan diperolehi dengan meletakkan iklan di akhbar-akhbar Jerman, yang meminta para wanita mereka menunjukkan taat setia dan cinta kepada Reich dan menyertai SS-Gefolge.
Wanita-wanita ini dikatakan memegang jawatan yang sama rata dengan pegawai lelaki SS. Tugasan mereka adalah spesifik seperti yang diarahkan oleh Hitler. Ada juga wanita yang menyokong polisi anti Yahudi suami mereka, yang merupakan komander-komander dan menteri-menteri kabinet. Berikut adalah senarai wanita Tentera Nazi paling kejam dalam sejarah.
10. Maria Mandel
Maria Mandel adalah merupakan seorang pegawai Nazi yang bekerja di Kem Maut (extermination camp) Auschwitz-Birkenau dan kem tahanan (concentration camp) Dachau. Dia dikatakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan paling tinggi di dalam kem tersebut. Mandel hanya menerima arahan dari komandan dan tugasnya adalah mengawasi semua tahanan dan pembantu wanita.
Dia secara tidak langsung bertanggungjawab atas kematian 500 ribu orang wanita. Ramai saksi mengatakan Maria akan berdiri di hadapan pintu gerbang Aushwitz-Birkenau hanya semata-mata untuk menunggu mana-mana tahanan yang akan memandang ke arahnya. Dia akan memilih sesiapa yang melihatnya untuk dihukum mati dengan serta merta.
Pada May 1945. Maria melarikan diri ke kawasan pergunungan di selatan Bavaria.Sebaik saja tiba di tempat kelahirannya Munzkhirchen, Austria, dia ditangkap dan disiasat oleh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 10 Ogos 1945.Kemudian Maria diserahkan ke Poland pada November 1946.
Pada bulan yang sama, dia dibicarakan di mahkamah Krakow dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada 24 Januari 1948.
9. Herta Oberhauser
Wanita ini dikatakan seorang doktor di kem tahanan Ravensbrück. Tapi seperti pakar perubatan yang lain di dalam kem Nazi, dia juga seorang yang ‘gila’. Oberheuser menyuntik kanak-kanak yang sihat dengan minyak dan menyaksikan mereka mati secara perlahan dan penuh terseksa. Kemudian, selepas mereka mati dia memotong anggota badan dan mengeluarkan organ-organ dalaman. Tujuh puluh empat orang mangsanya adalah tahanan politik Poland dan 86 orang lagi adalah wanita. Oberheuser juga cenderung menggosokkan objek-objek asing terhadap luka-luka para tahanan.
Namun anehnya, dia cuba meneruskan karier perubatannya selepas dibebaskan dari penjara pada 1951. Walau bagaimanapun Oberheuser tidak berjaya kerana lesen perubatannya telah ditarik dan dibatalkan.
8. Irma Grese
Irma Grese adalah salah seorang penjenayah perang wanita Nazi paling terkenal, dan sebahagian kecil wanita yang pernah bertugas di kem tahanan, yang dihukum gantung oleh tentera Pihak Berikat. Dia menjadi wanita paling muda dihukum di bawah perundangan Britain dalam abad ke-20, dan juga pengawal kem termuda dihukum gantung. ‘The Bitch of Belsen’ nama panggilannya, telah ditugaskan di Ravensbrück dan Auschwitz dan adalah warden untuk seksyen wanita di kem tahanan Bergen-Belsen .
Irma memukul mangsa-mangsanya dengan cemeti sebelum menembak mereka. Tambahan lagi, dia melepaskan anjing-anjingnya yang kelaparan ke arah para tahanan di Bergen Belsen.Menurut saksi, Irma seorang yang sadis dan mendapat kepuasan dengan membunuh orang secara kejam. Bersama penjenayah perang wanita lain, dia akhirnya digantung sampai mati pada 13 Disember 1945. Irma tidak pernah mengungkap penyesalan ke atas perbuatan kejinya itu sehingga ke nafas yang terakhir
7. Ilse Koch
Ilse Koch dikenali sebagai 'Bitch of Buchenwald’. Memandangkan suaminya juga seorang pegawai SS di kem tersebut, dia gemar membawa anjing-anjingnya ke situ dan membiarkan ia menyerang tahanan wanita. Dia dikatakan juga akan menunggang kuda dan memilih tahanan untuk dibunuh dengan racun gas, terutamanya mereka yangmempunyai tatu yang menarik hatinya.
Selepas tahanan dibunuh, Koch akan melapah kulit mereka untuk dikeringkan dan diawet. Dia mengumpul kulit manusia untuk diubah menjadi sarung tangan, lamp shade, kulit buku, perabut di rumahnya dan perkakas serta item pakaian.
Dia pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1947, namun hukuman itu telah diringankan, membolehkan Koch dibebaskan. Walau bagaimanapun, dia ditangkap semula pada 1949 dan sekali lagi dihukum penjara seumur hidup pada 1951. Akhirnya, Koch membunuh diri pada tahun 1967.
6. Juanna Bormann
Juana Bormann, pegawai wanita SS yang gemar membunuh, bertugas di kem maut Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dia juga terkenal dengan panggilan ‘The Woman with the Dogs’, mendapat kepuasan sadis dengan melepaskan anjing-anjing serigalanya mengoyak dan mencerai-ceraikan tubuh badan para tahanan. Juana menyertai SS sebagai pekerja awam pada 1 Mac 1938 ,
Pada 13 Disember 1945, dia digantung sampai mati, bersama-sama rakan seperjuangannya Irma Grese.
5. Ruth Closius-Neudeck
Neudeck adalah seorang Blockführerin (pengawas berek) dan dikenali dengan keganasannya yang melampau ke atas para tahanan wanita. Pada Disember 1944, dia dipindahkan ke kem maut Uckermark berhampiran dengan Ravensbrück, di mana dia secara langsung bertanggungjawab dengan pemilihan dan pembunuhan lebih kurang 5000 orang wanita dan kanak-kanak. Pada Mac 1945, Neudeck diangkat sebagai ketua subcamp di Barth.
Pada lewat April 1945, dia melarikan diri tetapi kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan sementara British Army menyiasat jenayah yang pernah dilakukannya. Pada April 1948, dia dihadapkan ke perbicaraan Ravensbrück Trial yang ketiga, bersama beberapa wanita SS yang lain. Bekas penyelia SS yang berumur 28 tahun ketika itu, mengaku salah atas semua tuduhan membunuh dan penyeksaan yang berlaku di bawah arahannya.
Mahkamah Britain mendapatinya bersalah atas jenayah perang dan Neudeck dihukum gantung pada 29 Julai 1948.
4. Magda Goebbels
Magda adalah isteri kepada Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.Tugas rasminya adalah menjadi hos majlis kepada isteri-isteri menteri dan pegawai tertinggi dari luar negeri.
Walaupun dia tidak berkaitan secara langsung dalam proses pembunuhan tahanan, Magda seorang yang sangat berpengaruh. Dia amat menggalakkan suaminya menyebarkan propaganda anti-yahudi. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa dia hanya berdiam diri ketika bapa tirinya seorang Yahudi menderita di kem maut Buchenwald.
Akhirnya, demi mengelak daripada ditangkap dan dihukum oleh pihak Berikat, Magda meracun kesemua enam orang anaknya, kemudian membunuh diri bersama suaminya.
3. Elizabeth Marschall
Elizabeth adalah ketua jururawat di kem tahanan Ravensbrück. Seperti majoriti pekerja perubatan wanita Nazi yang lain, jawatan ‘jururawat’ hanya pada nama sahaja. Dia dikatakan membuat pemerhatian ke atas eksperimentasi perubatan para tahanan di Ravensbrück.
Kebanyakan eksperimen dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru lahir dan yang mempunyai jangka hayat tidak melebihi 4 minggu. Elizabeth juga memainkan peranan penting dalam proses pemilihan ke kamar gas, iaitu secara peribadi memilih lebih daripada 800 orang wanita untuk dihantar ke Auschwitz dan seterusnya menghadapi kematian mereka di sana.
Dia digantung sampai mati pada 26 Jun 1947 di atas jenayahnya itu.
2. Vera Salvequart
Vera Salvequart, seorang jururawat di kem tahanan Ravensbrück, juga individu yang bertanggungjawab ke atas proses hukuman mati para tahanan.
Dia terus meracun tahanan yang sakit daripada mengganggu proses pemindahan ke kamar gas. Vera juga menyelia hukuman gas beracun terhadap lebih kurang 1000 orang wanita di kem tersebut. Kemudian, dia mengisi sijil kematian mereka sambil memeriksa mulut mayat untuk mendapatkan gigi-gigi emas, yang akan dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat.
Pada Jun 1947 dia juga dihukum gantung sampai mati.
1. Jenny Wanda Barkmann
Wanita keji Nazi ini merupakan pengawal kem tahanan pada Perang Dunia ke-2. Dia menyeksa para tahanan dan secara langsung berkaitan proses pemilihan wanita dan kanak-kanak untuk dihantar ke kamar gas beracun. Dikenali sebagai ‘the Beautiful Spectre’ Jenny cuba mempergunakan kecantikannya untuk menggoda warden-warden penjara British. Namun percubaannya gagal dan dia dihukum gantung juga kerana penglibatannya dalam jenayah kejam.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment