Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Susulan Tragedi Di Bukit Jalil, Konsert Life In Color BATAL

Posted by kezamx on Thursday 20 March 2014

 
Konsert Life In Color yang dijadualkan berlangsung 19 April ini dibatalkan, demikian menurut penganjurnya dalam kenyataan tiga perenggan di laman sosial Facebooknya, hari ini.
Menurut kenyataan itu, pembatalan konsert yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang itu sebagai menghormati rakyat dan negara ini.
"Life in Color, Future Sound Asia and Zouk KL memohon maaf kepada para peminat. Semua bayaran tiket yang sudah dibuat akan dipulangkan dan maklumat proses pemulangan akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa hari lagi," kata kenyataan itu.
Penganjuran konsert Life In Color, iaitu parti cat terbesar di negara ini mendapat bantahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini yang sedang berduka ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Malahan konsert itu juga dibimbangi mengulangi tragedi di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu apabila enam penonton sebuah konsert antarabangsa maut selepas dipercayai mengambil dadah dan alkohol berlebihan. -utusan
- See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/susulan-tragedi-di-bukit-jalil-konsert.html#sthash.5jrE06Vf.dpuf

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free