Pages

kezamx. Powered by Blogger.

GAMBAR TANGAN LELAKI TERSANGKUT DALAM LUBANG TANDAS AKIBAT CINCIN TERJATUH

Posted by kezamx on Tuesday 18 March 2014

Bomba membantu mengeluarkan tangan Zhang

QUANZHOU – Gara-gara takut dimarahi isteri kerana kehilangan cincin perkahwinan yang terjatuh ke dalam lubang tandas, seorang lelaki mengalami nasib malang apabila tangannya tersangkut dalam lubang tersebut.

Panik dengan keadaan yang berlaku, lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang terpaksa menjerit meminta bantuan.

Rakan-rakannya yang mendengar jeritan itu kemudiannya cuba membantu dengan menggunakan air sabun namun gagal, menyebabkan mereka tiada pilihan kecuali memanggil bomba.
Anggota bomba terpaksa memotong batang paip tersebut.

Cincin Terjatuh

Menurut Zhang, dia membuang cincinnya itu untuk mandi, namun dia menjadi panik apabila cincin tersebut jatuh ke dalam lubang tandas.

Awal bulan ini, seorang budak berusia tiga tahun juga mengalami nasib yang sama apabila kakinya tersangkut dalam lubang tandas, menyebabkan keluarganya terpaksa memanggil bomba.

Kaki budak tersebut sukar dikeluarkan selepas dia menangis dengan kuat, hingga memaksa pasukan bomba menunggu hingga dia tertidur.

Mereka kemudiannya membalut budak tersebut dengan selimut sebelum memecahkan jubin di sekeliling tandas, bagi menarik kaki kiri budak itu - ABN News - See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/gambar-tangan-lelaki-tersangkut-dalam.html#sthash.4PjweckU.dpuf

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free