Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Cara Mengekalkan Udara Bersih

Posted by kezamx on Wednesday 19 March 2014



  MENGURANGKAN PENGGUNAAN CFC 

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) . ‘

    
PERUNDANGAN 

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) 
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.  

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

    

MENGITAR SEMULA

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free