Pages

kezamx. Powered by Blogger.

5 Tanda Kereta Anda Mempunyai Masalah

Posted by kezamx on Tuesday 18 March 2014

asalah

repair kereta1
Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang mahir dengan selok-belok kenderaan untuk mengetahui bahawa kereta anda mempunyai masalah. Walaupun kereta-kereta baru yang dihasilkan kini dianggap selamat, moden, dan berteknologi maju, kita menganggap masalah kenderaan hanya boleh diketahui oleh mekanik yang profesional saja.
Tips Lengkap Panduan Jaga Kereta >> www.TipsKereta.com
Mungkin jika masalah berkaitan enjin atau gearbox, ianya sukar untuk diketahui, namun masalah lain mengenai kereta anda tidak sukar untuk diketahui sendiri. Berikut adalah 5 tanda yang anda boleh ketahui sendiri jika kereta anda bermasalah:
1. Merasa sukar semasa memutar stereng kereta anda.
-  adakah anda merasakan stereng anda sukar untuk dipusing? mungkin terdapat beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan kesukaran ini. Perkara pertamamungkin tayar anda tidak mempunyai angin yang mencukupi. Isikan mengikut kesesuaian tayar dan rasakan perbezaan yang ketara.
- jika bukan masalah pada tayar, ianya pasti masalah yang lebih serius. Kemungkinan besar power steering anda mengalami kekurangan cecair bendalir dalam sistem stereng kuasa kereta anda (untuk sistem stereng kuasa hidraulik) atau ada kebocoran di mana-mana bahagian berkaitan. Tambahkan bahan bendalir ini dan jika masih bermasalah, anda perlu bawa ke mekanik anda.
repair1
2. Kesukaran untuk menghidupkan enjin.
- jika anda merasakan seperti enjin berbunyi berat ketika ingin dihidupkan, kemungkinan utama adalah bateri kereta anda telah lemah. Kegagalan untuk anda memeriksa keadaan bateri anda ketika ini akan mengakibatkan anda mengalami kesusahan kelak. Lagi satu kemungkinan apabila sukar menghidupkan enjin, ianya adalah diakibatkan oleh pam minyak yang gagal berfungsi.
3. Asap biru daripada ekzos.
- Sesekali, minta tolong seseorang untuk berada di kerusi pemandu dan memijak-mijak pedal minyak sambil anda berada di belakang kenderaan dan memerhatikan asap yang keluar dari ekzos. Jika anda melihat asap kelabu kebiruan keluar daripada ekzos anda, ianya adalah masalah. Ini menunjukkan enjin anda sedang membakar minyak enjin kenderaan anda.
minyak enjin digunakan untuk melicinkan dalaman enjin daripada geseran seperti pada ruangan omboh/piston. Ianya bukan digunakan untuk pembakaran dalaman enjin anda. Hanya apabila minyak ini bocor di celahan ruangan omboh, maka ianyatercampur dan terbakar bersama minyak petrol dan udara dalam enjin. Sebab itu asap kebiruan itu kelihatan. Belanja untuk menyelesaikan masalah ini agak mahal tapi anda perlu lakukan untuk tidak merosakkan lagi enjin anda.
4. Kekuatan membrek berkurangan.
- Terdapat beberapa sebab masalah ini boleh berlaku, dan 2 daripadanya mudah untuk diketahui. Pertamanya brek pad anda yang telah haus. Ketebalan pad ini mempengaruhi keperluan anda untuk menekan pedal brek dengan lebih jauh untuk membolehkan pad ini berfungsi. Keduanya kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem haudralik brek anda. KEdua-dua aspek ini amat penting untuk diketahui serta perlu diperbetul/diganti dengan segera untuk keselamatan anda.
5. Lampu hadapan kurang terang.
- perkara paling mudah dilakukan adalah lampu depan anda perlu dipolish. Jika masalah masih berterusan, mungkin ada masalah besar yang lain. Kemungkinan alternator anda bermasalah dan sistem elektrikal kereta anda bergantung terus kepada bateri untuk terus beroperasi. Disebabkan alternator yang bermasalah, bateri kereta anda tidak dicas semula. Lagi lama anda memandu tanpa melakukan pembaikan, bateri anda menjadi semakin lemah hingga ke tahap sistem elektrikal kereta anda berhenti berfungsi.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free