Pages

kezamx. Powered by Blogger.

4 Gambar Bas Ekspress Jatuh Gaung! Seorang Maut, 2 Cedera Parah

Posted by kezamx on Monday 17 March 2014


Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung, Kampar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres terbabit manakala dua mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki dan seorang wanita.

Kedua-dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan susulan.

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke utara.

"Siasatan awal mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.

"Setakat yang kami tahu, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.

"Namun usaha mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat masih sedang dilakukan untuk memastikan tiada lagi mangsa lain," kata Ng.



sumber - http://www.josrevalution.net/
- See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/4-gambar-bas-ekspress-jatuh-gaung.html#sthash.Hy4lftaa.dpuf

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free