Pages

kezamx. Powered by Blogger.

3 Foto: Biodata Kapten Nadira Ramli, Kekasih Fariq Abdul Hamid

Posted by kezamx on Tuesday 18 March 2014

3 Foto: Biodata Kapten Nadira Ramli, Kekasih Fariq Abdul Hamid



KOTA BARU: Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan kapten nadira ramli seorang jurterabang AirAsia.
Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.
Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa kapten nadira ramli diberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.
Kedua-dua mereka pernah belajar di sekolah juruterbang di Langkawi dan telah mengenali antara satu sama lain selama sembilan tahun.


Akhbar itu menambah bahawa kapten nadira ramli merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis yang berada di Penampang, Sabah.

Akhbar harian itu memetik seorang saudara di Kota Kinabalu sebagai berkata bahawa Nadira begitu tenang, yang dilihat memberi kekuatan kepada ibu Fariq ketika ini.

Nancy dan suaminya dilaporkan kecewa dengan akhbar dan media sosial yang mencetuskan “pelbagai cerita” mengenai pesawat MH370 yang hilang.

Akhbar Harian itu berkata, Fariq, yang merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, berhasrat untuk berkahwin Nadira tidak lama lagi.
Akhbar tempatan di sini cuba untuk menemubual bapa saudara Fariq, Aziz Daud, 47, di rumahnya di Bunut Susu, Pasir Mas, pada Ahad tetapi ditolak secara baik.

Beliau telah dinasihatkan oleh MAS dan Kementerian yang berkaitan untuk tidak bercakap kepada media, kata Aziz.

Bagaimanapun, sepupu Fariq yang enggan namanya disiarkan, berkata juruterbang itu tidak pernah bersekolah di Kelantan kerana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

Kapten Nadira Ramli (Air Asia). Gambar & Biodata Kekasih Co Pilot MH370 MAS : kapten Nadira Ramli bukanlah gadis yang asing dalam hidup Fariq Abdul Hamid (KLIK SINI). Kapten Nadira Ramli adalah kekasih Fariq Abdul Hamid Co-pilot MH370 MAS.

Pastinya gadis adalah antara individu yang terkesan dek kerana berita tragedi seperti yang berlaku terhadap kapal terbang Mh370 MAS Malaysia Airlines. Oleh sebab itulah mengambil kira tekanan dan dugaan hebat yang perlu dihadapi oleh Kapten Nadira Ramli, AirAsia telah memberi cuti sebulan kepadanya untuk tujuan menenangkan diri.


Biodata Kapten Nadira RamliNama Penuh : Nadira Binti RamliUmur : 26 tahunHubungan dengan Fariq Abdul Hamid (27 tahun) Co Pilot MH370 MAS : KekasihAnak ke berapa : anak bongsuJawatan :Ayah Kapten Nadira Ramli : Juruterbang kanan MAS Malaysia AirlinesSejarah perkenalan Kapten Nadira Ramli & Fariq Abdul Hamid : Berkenalan sejak semasa belajar di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi Kedah sehingga sekarang selama 9 tahunPerkembangan terkini Kapten Nadira Ramli : Berada disisi ibu Fariq Abdul Hamid di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala LumpurKarakter : Kenalan rapat menyifatkan Nadira Sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya.Majlis perkahwinan Kapten Nadira Ramli & Fariq Abdul Hamid : Sebenarnya, mereka telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.Sumber Berita Semasa / Mstar /Majalahreviews

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free