Pages

kezamx. Powered by Blogger.

2 bangunan roboh di India ─ 15 maut

Posted by kezamx on Sunday, 29 June 2014








Penduduk membantu anggota keselamatan mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan di

New Delhi, semalam.- Foto: EPA

NEW DELHI - INDIA . Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan maut dalam dua runtuhan bangunan berasingan di New Delhi, India, semalam.



Pesuruhjaya Polis Delgi, Madhur Verma berkata, mangsa maut dalam kedua-dua tragedi itu termasuk wanita dan kanak-kanak.



“Dalam kejadian pertama, bangunan usang empat tingkat yang dibina hampir 50 tahun dahulu tiba-tiba roboh menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut,” katanya.

Menurutnya, bangunan berkenaan yang terletak di kawasan perumahan setinggan didiami oleh 14 orang penduduk.



“Orang ramai membantu mencari mangsa terperangkap sebelum pihak berkuasa tiba. Tujuh mangsa dapat dikeluarkan dari bawah runtuhan,” katanya.



Sementara itu, sebuah lagi bangunan 12 tingkat yang masih dalam pembinaan di pinggir bandar Chennai juga tiba-tiba runtuh.



Seramai 17 buruh dibawa keluar dan empat daripadanya maut di hospital.



“Operasi menyelamat diteruskan bagi mengesan puluhan lagi yang terperangkap. Angka korban dijangka meningkat,” katanya, dipetik dar laporan Time of India.



Sumber: Time of India / Sinar Online

Jom Baca → 2 bangunan roboh di India ─ 15 maut

Remaja AS Azam Pecah Rekod Dunia Terbang Solo Mengelilingi Dunia

Posted by kezamx








Matt Guthmiller bersama pesawat ringan yang digunakannya untuk mengelilingi dunia. -foto THE STAR

SUBANG: Ketika remaja lain sedang menikmati musim panas di Amerika Syarikat (AS), Matt Guthmiller membuat keputusan mengelilingi dunia secara solo menggunakan pesawat satu enjin dalam perjalanan sejauh 46,671km untuk membuktikan tiada apa yang mustahil dilakukan dalam dunia ini.



Guthmiller, yang tiba di Subang pada malam Jumaat selepas penerbangan selama 12 jam yang meletihkan dari Nagpur, India, berkata matlamat beliau adalah untuk menjadi orang termuda dapat mencapai cita-citanya sekali gus memberikan inspirasi supaya orang lain juga berani mempunyai impian besar.



"Dan itulah sebabnya mengapa penerbangan ini dipanggil Limitless Horizons.



"Anda boleh mempunyai idea yang besar. Anda tidak perlu persekolahan atau pengalaman yang bertahun-tahun untuk melakukan perkara yang anda mahu.



"Hanya keluar, pastikan apa masalah sebenar dan fikirkan bagaimana anda boleh melakukannya. Ini termasuklah untuk memulakan syarikat atau mencari beberapa matlamat yang anda mahu capai," katanya kepada The Star.



Guthmiller menyahut cabaran untuk terbang mengelilingi dunia secara solo selepas membaca tentang Jack Wiegand, yang menjadi juruterbang paling muda berbuat demikian pada usia 21, tahun lepas.



Ryan Campbell, 19, dari Australia memecahkan rekod tersebut beberapa bulan kemudian.



"Saya akan memasuki usia 19, tetapi lebih muda daripadanya kira-kira tiga minggu. Ini menjadikan perkara ini sesuatu yang menarik," kata Guthmiller, yang memulakan perjalanannya dari California pada 31 Mei.



Katanya, beliau akan berhenti di kira-kira 20 perhentian sebelum pulang pada 14 Julai.



Selain bersaing untuk Guinness World Record, Guthmiller dari Aberdeen, Selatan Dakota, ini juga cuba mengumpul sumbangan sebanyak AS$250,000 (RM800,000) dalam usaha yang dipanggil Code.org, bagi meletakkan program pendidikan sains komputer di sekolah-sekolah.



Baginya, sains komputer adalah sesuatu yang benar-benar hebat yang membolehkan orang ramai untuk membina sesuatu yang baharu.



Bapa Guthmiller menceburi bidang hartanah manakala ibunya adalah ahli farmasi. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.



Pelajar Massachusetts Institute of Technology (MIT) ini berkata beliau mula menjadi seorang programmer ketika masih muda.



"Pada masa ini, saya sedang belajar kejuruteraan elektrik dan sains komputer," katanya.



"Sejak beberapa tahun, saya telah mula berkerja dengan beberapa syarikat dengan membangunkan sesuatu dengan komputer."



Kelab Penerbangan EAA Malaysia menyediakan kemudahan persinggahan Guthmiller di Malaysia.



Dia akan berlepas ke Manila pagi esok.



Sumber: mStar online
Jom Baca → Remaja AS Azam Pecah Rekod Dunia Terbang Solo Mengelilingi Dunia

Gambar Kes Bunuh Diri Di Wisma Persekutuan KB Kelantan

Posted by kezamx





KOTA BHARU: Seorang lelaki dipercayai telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan berhadapan dengan Sutera Inn pada petang Sabtu. Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan. Gambar-gambar di tempat kejadian ini turut tersebar di media sosial. - SiakapKeli.com








Jom Baca → Gambar Kes Bunuh Diri Di Wisma Persekutuan KB Kelantan

Video Perkahwinan yang Romantik juga Sangat Menyedihkan (Kisah Benar)

Posted by kezamx






Ini adalah video romantik bercampur sedih tentang seorang pemuda bernama Rowden (Kisah benar) yang akhirnya impian beliau tercapai walaupun bahagia seketika.



Rowden dikesan mengidap kanser hati tahap 4 pada lewat bulan 5. Permintaan terakhirnya adalah untuk berkahwin dengan cinta hatinya. Selepas 12 jam persediaan, segala impiannya ditunaikan. Bagaimanapun keadaannya tidak diizinkan untuk dibawa keluar dari hospital ke gereja namun perkahwinan mereka dilangsungkan di dalam wad beliau. Lebih menyayatkan hati, beliau telah meninggal dunia kurang dari 10 jam berlangsungnya perkahwinan mereka. - SiakapKeli.com



Jom Baca → Video Perkahwinan yang Romantik juga Sangat Menyedihkan (Kisah Benar)

Gadis Hodoh Jadi Popular Selepas Lakukan Pembedahan Plastik

Posted by kezamx


Gadis yang berusia 29 tahun Sun Young jadi polpular selepas muncul di sebuah dokumentari pembedahan kosmetik di Korea baru-baru ini.



Perubahan yang amat drastik ini membuat dia serta-merta terkenal kerana dia telah berubah dari apa yang sesetengah orang akan panggil "hodoh" jadi cantik melalui pembedahan.










Jom Baca → Gadis Hodoh Jadi Popular Selepas Lakukan Pembedahan Plastik

Nina Iskandar Tegur Peminat Persoalkan Gambar Dedah Rambut

Posted by kezamx




Nina Iskandar berharap pengikut Instagram mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus mengecam segala tindakan yang dilakukan.

PETALING JAYA: Pelakon Nina Iskandar terkilan apabila tindakan muncul dengan penampilan bertudung dipersoalkan oleh segelintir pengikut di laman sosial Instagram selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya.



Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, berkata, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi.



"Saya benar-benar berhijrah pada akhir April lalu dan selepas berhijrah saya tidak pernah buka tudung dan Insya-Allah ia akan berterusan.



"Pengambaran drama Raya Ni Mesti Kahwin dilakukan sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolonglah faham dan jangan terlalu cepat menuduh sebelum mengetahui hal sebenar," katanya.



Nina menulis status di Instagram pada Ahad bagi menjelaskan tindakannya memuat naik gambar-gambar dan video sebelum bertudung.







Antara komen daripada penguna Instagram yang mempersoalkan penghijrahannya.



Beberapa pengikutnya di laman sosial tersebut telah mempersoalkan penghijrahaannya apabila dia mempromosi drama-drama tidak bertudung yang bakal bersiaran tidak lama lagi.



"Saya berbuat demikian kerana mempromosi drama yang saya lakonkan itu kerana ia adalah salah satu perkara yang tertulis dalam kontrak yang saya persetujui.



"Betul, mungkin saya belum sempurna, saya masih memakai solekan dan memakai selendang yang tidak cukup panjang, namun soalan saya, adakah anda cukup sempurna untuk mempersoalkan apa yang saya lakukan," soalnya.



Tambahnya, sebagai insan yang baharu mula berhijrah, dia belajar sedikit demi sedikit untuk mencari kesempurnaan sebagai seorang muslimah sejati.



Malah, dia berharap peminat dan pengikutnya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus memfitnah atau mengecam segala tindakan yang dilakukan.



Sumber: mStar

Jom Baca → Nina Iskandar Tegur Peminat Persoalkan Gambar Dedah Rambut

Budak Sekolah Jerit “Cepat Terjun!” Kepada Cubaan Bunuh Diri

Posted by kezamx





Shaanxi: Seoarang wanita telah disedari orang sekitar ketika cubaan bunuh diri di atas menara keselamatan Hanzhong. Dilaporkan dia mempunyai hutang lebih dari sejuta Yuan China dan dia fikir dengan bunuh diri sahaja dapat menyelesaikan masalah hutangnya.



Ketika polis cuba untuk bercakap dengannya di atas atap menara berkenaan, orang ramai mula berkumpul di bawah bagi menyaksikan drama cemas itu termasuklah pelajar-pelajar sekolah rendah yang kebetulannya baru habis waktu kelas.



Yang mengejutkan adalah pelajar-pelajar sekolah rendah menjeri "Terjun! Cepat Terjun untuk Kami!. lagi tambah mereka, "Ini sesuatu yang menyeronokkan!". Bagaimanapun wanita selamat setelah polis berjaya menariknya dari tebing menara itu. -SiakapKeli.com
Jom Baca → Budak Sekolah Jerit “Cepat Terjun!” Kepada Cubaan Bunuh Diri
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free