Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Lari sambil tangan kena ikat selamatkan diri

Posted by kezamx on Saturday, 31 May 2014





KUALA KEDAH – Dua lelaki warga Bangladesh menempuh detik cemas apabila didakwa disamun dalam rumah sewa mereka sendiri di Taman Sri Putra, dekat sini, malam kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dua lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikatakan terpaksa berlari sejauh 300 meter (m) demi mendapatkan pertolongan.



Dengan seorang cedera di bahagian leher dipercayai akibat dikelar, manakala seorang lagi tidak berbaju sambil tangan berikat tali di belakang mereka melarikan diri ke sebuah restoran.



Bagaimanapun, sebaik menerangkan bahawa mereka berdua telah disamun, seorang daripadanya pengsan kerana pendarahan di leher.



Saksi dikenali sebagai Hafiz berkata, dia melihat seorang lelaki cedera, manakala seorang tangan terikat meluru masuk ke dalam restoran.



“Mereka mendakwa telah dirompak orang tidak dikenali semasa dalam kediaman mereka,” katanya.



Jiran mangsa, Zul Ismail, 46, berkata, dia tidak mendengar bunyi bising dari kediaman mereka sewaktu kejadian.



Namun katanya, dia menyedari kejadian terbabit selepas anaknya memaklumkan dua lelaki dilihat berlari keluar dari rumah mangsa.



Zul berkata, dia tidak mengenali dua lelaki warga asing berkenaan, kerana mereka dikatakan hanya menumpang sementara kediaman itu.



Difahamkan, dua lelaki berkenaan dipercayai baru sebulan menyewa di taman perumahan terbabit, malah tidak diketahui pekerjaan mereka.



Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan mengesahkan sudah menerima laporan, malah akan melakukan siasatan lanjut.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, anggota polis menghantar warga Bangladesh berkenaan untuk mendapatkan rawatan.



“Doktor memaklumkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan nilai kerugian mangsa,” katanya.



Sumber: Sinar Online

Jom Baca → Lari sambil tangan kena ikat selamatkan diri

Pengebom berani mati Malaysia yang maut di Iraq

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR - Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang biasa di Selangor tetapi di luar rutin aktiviti hariannya, dia rupa-rupanya telah direkrut sebagai pengebom berani mati.



Tanpa diketahui oleh keluarga dekatnya di Pahang, dia yang diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi telah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.



Ahmad Tarmimi yang dikesan pernah mengikuti latihan ala ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun lalu meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).



Serangan itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan.



Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi.



Dalam laporan itu turut dinyatakan pasukan ISIS merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru.



Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati.



Sumber: Utusan

Jom Baca → Pengebom berani mati Malaysia yang maut di Iraq

PRK Teluk Intan: Hanya 66.5% Keluar Mengundi Selepas Ditutup 5 Petang

Posted by kezamx





Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di SMK Sultan Abdul Aziz pada Sabtu.

TELUK INTAN: Seramai 39,850 pengundi atau 66.5 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.



Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media menjangkakan sebanyak 70% yang akan mengeluar mengundi pada hari mengundi Sabtu.



PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.



Sebanyak 35 pusat mengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa.





Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu.



Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.



Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%).



Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.



Sumber: mStar
Jom Baca → PRK Teluk Intan: Hanya 66.5% Keluar Mengundi Selepas Ditutup 5 Petang

SEGERA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley

Posted by kezamx





Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley, jam 2.20 petang tadi.



Tragedi berlaku apabila Nurul Emielda Nadia Sallehuddin dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir.



Nurul Emielda yang jatuh ke tingkat bawah pusat beli belah mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan segera dibawa ke hospital menggunakan ambulan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.



Difahamkan, kanak-kanak tahun satu ini datang ke Mid Valley bersama ibu bapanya.



Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian ini.



Gambar tempat kejadian yang diambil oleh pengunjung kini beredar di media sosial.



Kepada para ibu bapa, awasilah anak-anak anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.



Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

Jom Baca → SEGERA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley

Bumbung Dewan Badminton Pula Bocor

Posted by kezamx





SELEPAS dihantui dengan kelewatan pembinaan Pusat Akuatik, tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, Perlis terus dirundung malang apabila bumbung Dewan Badminton yang baru sahaja siap dibina di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pula bocor petang semalam.



Kebocoran kecil itu dikesan di tiga tempat di sudut dewan tersebut berhampiran tempat duduk teres penonton namun ia tidak menjejaskan pertandingan yang sedang berjalan.



Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Azizan Ab Rahman dalam kenyataan hari ini berkata kejadian bumbung bocor itu dikesan pukul 4 petang semalam.



“JKR mengambil tindakan serta merta dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut dengan segera. Kebocoran ini selesai dibaiki pukul 6 petang pada hari sama,” katanya.



Menurut Azizan kebocoran itu dikategorikan sebagai kecacatan kecil berpunca dari air hujan yang memasuki ruang tepi bumbung yang terbuka akibat pemasangan kurang kemas oleh kontraktor.



JKR membuat pemeriksaan selepas kebocoran dibaiki dan berpuas hati sambil berharap kejadian itu tidak berulang.



Azizan berkata menurut kontrak, kontraktor bertanggungjawab membaiki sebarang kecacatan dan kerosakan bangunan dalam tempoh dua tahun setelah bangunan disiapkan.



Sebelum ini, kontraktor bukan sahaja gagal menyiapkan Pusat Akuatik, yang terletak di kompleks sama, mengikut jadual tetapi bumbung kanvas terkoyak di kolam renang pada hari pertandingan.



Sumber: Bernama

Jom Baca → Bumbung Dewan Badminton Pula Bocor

Bercinta Sampai Tak Sedar Kena Seluk Saku

Posted by kezamx


Orang yang bercinta seringkali tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka, mereka begitu ralat antara satu sama lain, tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi sesuatu perkara yang tidak baik.








Jom Baca → Bercinta Sampai Tak Sedar Kena Seluk Saku

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes bunuh kejam kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang ditemui tanpa kepala di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan Khamis lalu kini dijumpai selepas dua hari pencarian.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek ditemui kira-kira pukul 4 petang Sabtu di Sungai Klang berhampiran plaza tol SUnway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).



Sumber: mStar
Jom Baca → Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free