Pages

kezamx. Powered by Blogger.

11 Gambar Toyota Alphard Pandu Laju Langgar Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja

Posted by kezamx on Monday, 2 June 2014




2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam.



Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima.



Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera.



Umum tahu Toyota Alphard seringkali menguasai jalan raya dengan lagak pemilik/pemandunya yang menganggap jalan raya itu milik bapak mereka punya. Pantang pandu pelahan sedikit, mulalah nak high beam bertalu-talu.



Insaflah wahai pemandu kenderaan mewah. Jalan raya ini bukan milik anda seorang.



Laporan penuh menyusul...




































Jom Baca → 11 Gambar Toyota Alphard Pandu Laju Langgar Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja

Gambar Pelik Dan Lawak Hanya Di Afrika

Posted by kezamx
































Jom Baca → Gambar Pelik Dan Lawak Hanya Di Afrika

Mesti Baca!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat

Posted by kezamx





Sungai Euphrates di Syria hampir sepenuhnya kering.Gambar ini diambil 24/05/2014



Punca kering adalah Sebab Turki memotong air untuk Syria



Subhana Allah ini perkara yang luar biasa..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat..Ya ALLAH



Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).



Mesti Baca Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat 2 Mesti Baca!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat



Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).



Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.



Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.








Sumber
Jom Baca → Mesti Baca!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat

Ibu dakwa Dyana kena fitnah

Posted by kezamx








Yammy Samat

TELUK INTAN - Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.



“Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.



“Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Yammy berkata, walaupun macam-macam dilakukan oleh pihak lawan terhadap anaknya, beliau akan tetap bersama Umno.



Katanya, terpulang kepada Umno sama ada mahu menyingkirnya kerana menyokong anaknya yang mewakili parti lawan.



“Saya mahu tunjukkan walaupun berlainan parti dalam satu keluarga, hubungan antara ibu dan anak tak akan terputus,” katanya.



Menurutnya, beliau menerima kekalahan Dyana Sofya dalam PRK itu dan menganggap anaknya berdepan dengan nama besar.



Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut.



Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.



Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited.



Sumber: Sinar Online
Jom Baca → Ibu dakwa Dyana kena fitnah

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi

Posted by kezamx









Gara-gara kontroversi cinta, persahabatan Lufya dan Tunku Abdul Jalil terputus.

PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.



Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai.



"Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.



"Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.



Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.












Lufya dan Tunku Abdul Jalil bersahabat sejak 10 tahun lalu.

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor.



Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya.



Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.



"Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya.



Sumber: mStar
Jom Baca → Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi

Kes rogol: Suspek ke-15 ditahan polis

Posted by kezamx












Suspek dikawal ketat polis di mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

- Foto Sinar Online

KOTA BHARU - Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini, minggu lalu.



Suspek ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, semalam.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek berasal dari Kampung Bonggol Chicha, Kok Lanas, di sini, adalah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Kota Bharu.



Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut.



Semalam, suspek dibawa ke mahkamah pada jam 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa.



“Suspek direman enam hari berkuat kuasa hari ini (semalam) di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dengan penahanan suspek menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 15 orang,” katanya.



Sumber: Sinar Online

Jom Baca → Kes rogol: Suspek ke-15 ditahan polis

Azizul bebas Julai, Shalwati September

Posted by kezamx







Penjara Anstalten Hinsberg. Foto ihsan Facebook Tan Sri Annuar Musa

SHAH ALAM - Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal dijatuhi hukuman penjara di Sweden kerana mendera anak-anak mereka bakal dibebaskan secara berasingan pada Julai dan September ini.



Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebooknya, hari ini.



Menurutnya, beliau telah pergi menemui Shalwati di Penjara Wanita Anstalten Hinseberg, semalam.



"Penjara Anstalten Hinseberg rupanya tiga jam berkereta dari Stockholm. Tapi akhirnya dengan bantuan pegawai kedutaan (Kedutaan Malaysia ke Sweden), Gloria yang mengiringi saya, kami sampai juga di sana.



"Shalwati telah di pindahkan ke penjara ini dari penjara di Stockholm. Pegawai penjara sangat sopan namun sangat tegas.



"Pemeriksaan dokumen dan badan agak ketat. Hanya tiga orang dibenarkan masuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Ahli Majlis Tertinggi Umno ini meluangkan masa kira-kira satu jam setengah berbual dengan Shalwati.



"Alhamdulillah kira-kira jam 1.25 petang kami dapat bertemu Shalwaty dan menghabiskan waktu berbual dan bertanya khabar hingga jam 3 petang.



"Beliau sihat dan gembira mendengar berita keluarga dan anak-anaknya di Kelantan. Saya turut menyampaikan surat-surat yang dikirim anak-anaknya pada cikgu mereka," katanya.



Beliau mendoakan agar pasangan ini tabah mengjalani hukuman di negara itu.



"Insya-ALLAH suaminya bakal bebas Julai ini dan Shalwaty pula akhir September.



"Di doakan mereka suami isteri tabah menghadapi hukuman di perantauan di bawah undang undang yg agak asing dan berbeza dari kita di sini," katanya.



Mac lalu, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul dan 14 bulan terhadap isterinya kerana didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman mereka di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.



Kedua-duanya ditahan sejak 18 Disember lepas.



Sumber: Sinar Online
Jom Baca → Azizul bebas Julai, Shalwati September
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free